huarhhhh... ada jugak manusia jenis tak reti bahasa..
dah tahu tak suka agama benci agama, tak payah la nak masuk tunjuk pandai kata teori budak2 ke apa dalam thread berkaitan agama kalau tak dijemput.
huarhhh.... susah cakap dengan orang yang tak reti bahasa.
ops.. to whom it may concern

kepada tt.
saya juga tertarik dengan teori tt. tapi ada beberapa hadis yang bertentangan dengan teori tt
saya tak berminat sangat dalam bab2 sebegini , tapi mungkin berguna
untuk rujukan tt
:Armagedon adala perang persekutuan antarabangsa( berbagai bangsa),di mana orang muslimin dan rom, akan bersatu menjadi 1 blok. kemudian akan menentang 1 blok musuh lain yang masih belum dapat dipastikan, samada komoniti blok syiah dan komunis, dan kemenangan di tangan blok muslimin dan rom:
hadis yang menguatkan dakwaan diatas.
"kamu semua akan mengadakan perdamaian dengan bangsa rom dalam keadaan aman. lalu kamu semua berperang bersama mereka menentang musuh dari belakang mereka.maka maka kamu semua akan selamat,dan memperoleh harta rampasan perang.Kemudian kamu semua akan sampai ke kawasan padang rumput yang luas dan berbukit-bukit.Maka berdirilah seorang laki daripada kaum rom,lalu dia meng angkat tanda salib dan berkata " salib telah menang " ' maka datanglah dari kaum muslimin,lalu membunuh orang rom tersebut.lalu kaum rom khianat dan berlakulah peperangan, di mana mereka bersatu menghadapi kamu semua di bawah 80 bendera. di bawah tiap2 bendera, terdapat 12ribu tentera "
( hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ahmad,Abu Dawud,Ibn Majah dari Dzu Makhmar r.a . Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Albaani dalam mentahqiq hadis misyqat,nombor 5424. dan juga dalam hadis sahih al-jami,serta ia mempunyai riwayat penguat yang lain(syahid).
tapi diatas tak banyak membantu dalam kajian tt sebab tt berbicara tentang kejadian nabi isa kan.
berkaitan dengan ufo yang dinaiki oleh Nabi isa. juga ada percangahan kerana dikatakan dalam hadis, Nabi isa akan turun ke bumi menaiki 2 malaikat.
hadis :
" bersabda Rassulullah S.A.W : "ketika ia ( Dajal ) melakukan seperti itu (mengepung imam mahdi dan tenteranya),maka Allah pun mengutuskan Isa Ibn maryam.Dia akan turun di menara putih( markas imam mahdi di timur damsyik-rujuk hadis sahih riwayat tibrani dan aus bin aus) dengan memakai 2 pakaian kuning ( 2 lapis ) yand dicelup wangi-wangian,
sambil meletakan dua tapak tangan di atas sayap-sayap dua malaikat, apabila dia angukan kepalanya,maka jatuhlah titisan air dan dia menangkat kepala,maka jatuhlah darinya butir-butir seperti mutiara"
( sebahagian dari teks hadis riwayat muslim dalam kitab Al-Fitan dari An-Nawwas bin sam'an)
jadi yang saya boldkan merah tu, jika merujuk ayat itu, menunjukan bahawa nabi isa turun bersama 2 malaikat. Adakah boleh kita katakan bahawa malaikat itu ufo?
saya rasa bercangah