BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UEM Edgenta berhasratdapatkan projek RMK-11

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Azmir Merican​

PETALING JAYA 25 Mei – Peneraju pengurusan aset menyeluruh, UEM Edgenta Bhd. (UEM Edgenta), berhasrat mendapatkan beberapa projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu daripada usaha bagi mengekalkan pertumbuhan syarikat.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Azmir Merican berkata, antara projek yang disasarkan termasuklah Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, Lebuhraya Paroi-Senawang-KLIA-Salak Tinggi (SKLIA) dan Lebuhraya Damansara-Shah Alam.

Katanya, UEM Edgenta yang baru sahaja selesai penggabungannya dengan Opus Group Bhd. (Opus) dan Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Bhd. (Propel), optimis dengan peluang-peluang yang terhasil daripada RMK-11 tersebut.

Ujarnya, infrastruktur merupakan satu daripada cabang pertumbuhan syarikat dan lebih 50 peratus projek-projek yang telah diumumkan dalam RMK-11 adalah bersesuaian dengan jenis perniagaan yang dijalankan.

“Saya tidak dapat memberikan sasarannya, tetapi kami berharap dapat memperoleh lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan UEM Edgenta di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi UEM Edgenta, Datuk Seri Ismail Shahudin.

Tambah Azmir, bagi tahun 2014 dan 2015 syarikat juga telah berjaya memperoleh beberapa kontrak utama dari dalam dan luar negara bernilai lebih daripada RM4.72 bilion.

Jelasnya, kontrak-kontrak tersebut terdiri daripada perkhidmatan pengurusan aset bernilai RM1.03 bilion bagi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur untuk tempoh 27 tahun, enam kontrak penyelenggaraan dan operasi lebuh raya bagi Lembaga Pengangkutan New Zealand, menaik taraf landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menaik taraf jalan raya di Kampung Sungai Serai di persimpangan keluar Lebuhraya Rawang ke Lebuhraya Utara-Selatan dan beberapa kontrak lain.

Sementara itu Azmir turut mengumumkan hasil perolehan bagi tahun pertama penggabungan sebanyak RM3.1 bilion, iaitu 14.4 peratus atau RM389.6 juta lebih tinggi berbanding perolehan pada tahun sebelumnya.

“Operasi syarikat di Malaysia menyumbang pendapatan sebanyak 53 peratus bagi tahun 2014, manakala penyumbang terbesar luar negara adalah New Zealand (25 peratus) diikuti Kanada (12 peratus), Australia dan United Kingdom masing-masing enam dan empat peratus,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register