balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini dalam proses mengusulkan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Awam Darat (PAD) bagi membolehkan mereka mengambil tindakan ke atas pengendali aplikasi yang menawarkan perkhidmatan teksi sapu.
Menurut sumber SPAD, suruhanjaya itu kini sedang meneliti dan mengkaji akta tersebut sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara bagi mengemukakan cadangan berkenaan kepada kerajaan untuk diusulkan dalam pembentangan sidang Parlimen.
Katanya, pindaan akta itu wajar dilaksanakan bagi mengekang operasi teksi sapu yang kini menggunakan aplikasi mudah alih seperti Uber dan Grabcar sekali gus menjejaskan industri teksi di seluruh negara.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm