BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ubah geran kereta tarik

honda_primo

Banned
Messages
5,761
Joined
Nov 10, 2007
Messages
5,761
Reaction score
25
Points
75
KUALA LUMPUR: Bermodalkan beberapa kereta mewah termasuk BMW 5 Siri, Toyota Alphard, Toyota Caldina dan Toyota Wish, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an dikesan menjual kereta berkenaan yang masih mempunyai hutang bank kepada orang ramai pada harga murah kononnya kereta lelong.

Semua kereta dikategorikan berstatus mewah berkenaan dijual dengan harga serendah RM50,000 hingga RM80,000 berbanding lebih RM100,000 di pasaran.

Bagaimanapun, kereta berkenaan sebenarnya masih dimiliki pemilik asal tetapi gagal membayar ansuran bulanan kepada institusi perbankan.


Malah lelaki berkenaan turut mengubah suai geran dan mengecat semula kereta berkenaan bagi mengelak ia dikesan pihak bank yang bercadang ‘menarik’ kereta itu.


Bagaimanapun, temberang lelaki terbabit terbongkar apabila mangsa yang pernah membeli kereta daripadanya mendapati kereta itu sebenarnya masih milik bank berikutan pemilik asal gagal membuat bayaran ansuran.


Mangsa yang ingin dikenali sebagai Rashid, 30, berkata dia mula mengenali suspek menerusi laman forum di Internet yang mendakwa memiliki beberapa kereta mewah untuk dijual murah.




“Selepas beberapa kali bersoal jawab mengenai kereta mewah berkenaan, saya bersetuju bertemu suspek bagi membincangkan cara pembayaran.


“Kami berjumpa di sebuah restoran dan dimaklumkan harga bagi kereta jenis Toyota Wish (Wald) adalah RM55,000,” katanya.


Lelaki itu kemudian menjelaskan harga kenderaan dijualnya jauh lebih murah berikutan kereta itu kenderaan lelong.


“Selepas selesai urusan jual beli secara tunai, saya diberikan geran Toyota Wish berkenaan sebelum mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada geran itu.


“Terdapat dua nombor pendaftaran tertera pada geran berkenaan sebelum saya melakukan pemeriksaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mempersoalkan status kenderaan berkenaan.


“Tiada sebarang masalah pada nombor pendaftaran berkenaan, bagaimanapun saya tidak berpuas hati sebelum menyemaknya dengan pihak bank,” katanya.


Jawapan daripada pihak bank amat mengejutkan selepas mendapati kenderaan itu sebenarnya masih ada tunggakan hutang pemilik asal dan nombor pendaftaran serta warna asal kenderaan ditukar dipercayai bagi tujuan mengaburi mata pihak bank dalam usaha menarik balik kenderaan berkenaan.


Bingung dengan jawapan diterima, mangsa menghubungi suspek dan meminta wangnya dikembalikan dan berhajat memulangkan kenderaan berkenaan dan dipersetujui suspek dengan alasan ada individu lain yang berminat mendapatkannya.


Mangsa yang kesal dengan kejadian itu membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam berhubung insiden berkenaan dan menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan ada individu yang menjual kereta mewah dengan harga murah.
 
hahah..kaki kncing punya org..gler apa..
 
adakah forum CG? tp selalu yg dari singapore
 
bahayanya....kalu nak beli biar org yg betul2, kat cgnya sumer org baik2 InsyaAllah!!! kalu ade kasi cantassss :(scam
 
ermm kene hati2 ni..harap2 bende ni xde kt cg yer (ayat skema ni).
 
Back
Top
Log in Register