BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UAI ucap terima kasih

Untung laaa bini kasi greenlight...haha
 
image.jpg


SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga mengucapkan terima kasih di atas ucapan tahniah yang diterimanya.

"Biji guli dicampur selasih. Semua sekali terima kasih," katanya ringkas melalui laman mikro Twitter.

Beliau yang juga dikenali sebagai UAI, melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga, semalam.

Sebaik berita dan foto mengenai perkahwinannya tersebar, laman sosial Facebook (FB) beliau, Ustaz Azhar Idrus (Original) dihujani ucapan tahniah oleh peminat.

Ustaz Azhar Idrus dilahirkan di Ladang, Kuala Terengganu, pada 1964, popular dalam kalangan semua peringkat usia. Beliau juga digelar 'Ustaz YouTube' kerana banyak program ceramah dan soal jawab dengan beliau dimuat naik ke laman tersebut.

Beliau bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut menarik orang ramai untuk membanjiri majlis-majlis ceramah beliau di seluruh negara.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/uai-ucap-terima-kasih-1.164265

http://www.youtube.com/watch?v=66TpVSAhPww
 
tahniah ustaz ...
 
dalam page fb ada org pertikaikan pasal UAI nie..
lau xde thread psl nie aku nak bukak nie..
 
Back
Top
Log in Register