Ya, bagi sesiapa yang daftar dalam masa tempoh promosi sekarang ini akan dapat 3GB sampai bila2.
Saya sudah tukar ke pelan U28 daripada pelan poastpaid Celcom.
Tak larat bayar bil mahal2 tapi tak guna pun panggilan kerana sekarang keluarga dan kawan2 lagi suka whatsapp.
Tengah tunggu Umobile aktifkan sim baru je. Dalam smartfon sekarang memang cucuk sim lama Celcom dan sim baru Umobile.
Tapi pelan U28 takleh kongsi data macam pelan U50 dan U70. Lepas tu panggilan dan sms tidak boleh bawa ke depan. Test dulu U28, kalau ok baru saya upgrade ke U50.
Yang paling best, tiada kontrak. Kalau tak puas hati boleh sahaja cancel pada bila2 masa.