BTC USD 84,268.9 Gold USD 4,157.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

U Mobile perkenal pelan prabayar RM18

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KUALA LUMPUR - U Mobile Sdn Bhd memperkenal perkhidmatan prabayar Unlimited Mobile Internet (UMI) di mana dengan hanya RM18, pelanggan boleh menikmati akses data atau Internet 250MB, 25 minit panggilan percuma ke atas semua rangkaian, 25 SMS prcuma ke semua rangkaian.

Pelan itu dibangunkan untuk pengguna telefon pintar baharu, remaja dan pelajar yang mahu melayari Internet, sentiasa berhubung dengan rakan dan keluarga selain untuk menonton video kegemaran masing-masing.

Dalam satu kenyataan U mobile berkata pelan itu dilancarkan pada satu majlis hari ini sempena pengaktifan Rangkaian Akses Radio 3G U Mobile berkongsi dengan Maxis, yang menyaksikan U Mobile meluaskan capaian rangkaian ke bandar raya utama dan bandar di Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile Jaffa Sany Ariffin, berkata permintaan untuk pelan data berkualiti hebat terutama pemakainan telefon pintar menjadi lebih menarik dalam kalangan generasi muda.

"UMI 18 ialah bukti komitmen kami dalam memastikan produk dan perkhidmatan memenuhi keperluan yang perbagai dalam kalangan pengguna," katanya.

Sementara itu, syarikat telekomunikasi itu juga memberi ganjaran kepada pelanggan yang beralih kepada U Mobile menggunakan khidmat Mobile Number Portability, yang akan menerima pek SIM prabayar U Mobile yang dimuatkan masa udara. Keterangan lanjut anda boleh layari disini




sumber:http://www.sinarharian.com.my/bisnes/u-mobile-perkenal-pelan-prabayar-rm18-1.100210
 
saper ada jual simcard u mobile nie?
 
Kedai banyak bro.nak cepat lg 7E ada jual terus register dan aktif pd masa yg sama.
 
umobile the best , pakai kt iphone tenet berdesup , bukak youtube takda buffer
 
berdesup kalau dok tgh bndr..kluar skit jer berdengus la ko mengentoi
 
ok dah pas bergabung ngan maxis...kat kedah 3g dah sampai.. bestt
 
bagi aku masih mahal..

maxis boleh bagi rm1/day=50mb
kalau rm18=900mb
 
Back
Top
Log in Register