Asalamualaikum...
First time aku buka thread kat section ni...
segan la pulak sebab ramai member yang kenal aku kat dalam CG ni :">:">:"> (confirm kena kutuk macam ni

) )
Tapi skarang ni tak kisah la segan ke tak, aku tetap nak buka thread...
Hari ni awek yang selama ni aku simpan perasaan akan bernikah dengan lelaki pilihan dia.huhuh...
Bukan setakat perasaan dalam hati. Aku dah luah pun.hehe
tapi dia cakap dia minta tempoh dan suruh aku terus berusaha untuk menambat hati dia.
Jadi, dah puas dah berusaha utk menambat hati dia. Masa tu memang dah nampak harapan.
Last2 aku dapat tau dia dah berkapel la plak ngan orang lain.Itupun aku dapat tau dari orang lain. Terasa macam segala usaha aku hanya utk dimanfaatkan je..tapi tetap sayang dia.
Jam 2 nanti dia nikah, dah tak boleh sayang dah ni.dah jadi bini orang..
mula2 dapat jemputan,aku rileks je.takde plak rasa sedih semacam.
Tapi hari ni lain plak. Dah tingal 3 jam lagi dia nak nikah,baru la rasa sayu..


((
Sepatutnya hari ni aku balik kampung sebab member2 dah ajak aku pergi majlis persandingan dia esok. Tapi aku xnaklah balik. Biarlah aku diperantauan membawa diri.haishhh.. aku cakap je yang aku busy kerja kat sini.huhu
Sedih2 pun xguna juga.dah bukan jodoh aku dengan dia. Jadi terpaksalah aku layan perasaan sorang2 di ofis ni sambil dengar lagu
http://www.youtube.com/watch?v=O160ojm6DZU
http://www.youtube.com/watch?v=BRBoB5z3_0Y
http://www.youtube.com/watch?v=vQt_GktU8bY