rodaira
Active Member
- Messages
- 1,677
- Joined
- Apr 13, 2007
- Messages
- 1,677
- Reaction score
- 312
- Points
- 41
Saya tidaklah pakar sangat dalam C++, tapi tahap pengetahuan asas itu adalah. Apa yang hendak saya ajar ini merupakan hobi terbaru saya dalam menulis di Jomlinux. Kalau anda berminat sila ikut, mungkin anda ingin berlajar secara suka-suka dan santai..haha!
Banyak platform diluar sana yang boleh membantu anda untuk menulis C++. Darilah gedit yang ada dalam Ubuntu hinggalah IDE seperti Code::Block, Visual C++, Borland dan lain-lain lagi.
Apa-apa pun, untuk tutorial ini. Saya lebih selesa menggunakan Netbeans. Saya suka IDE ini sebabnya senang je…ia nampak elegan di mata saya…haha
Netbeans tu berat sikitlah pasal ada sangkut paut dengan Java. Apa-apa pun, kalau anda sukakan IDE lain, silakan guna. Saya tiada halangan.
Untuk tutorial ini, saya gunakan platform berikut — Ubuntu 10.04.2 LTS Desktop Edition 64-bit dan Netbeans IDE 6.9.1.
Tutorial saya juga ringkas dan apa yang tahu itulah saya ajar. Tak suka tulis terlalu terperinci pasal nanti orang belajar naik lemak. Saya akan cuba buat satu siri setiap minggu. Hanya soalan yang relevan sahaja saya akan jawab. Melainkan anda membayar saya untuk tujuan sokongan (support) itu lain cerita
Apa yang perlu anda ada…
Anda perlulah memasang benda-benda ini sebelum boleh memulakan proses pembelajaran;
* IDE Netbeans (pasang sahaja dari Ubuntu Software Center) atau muat turun di sini.
* g++ untuk compiler. Carilah kat Synaptic.
* gdb. Ini pun sama.
* gmake. Ini pun sama.
Setelah memasang kesemuanya…
1. Buka Netbeans. Ikutlah wizard dia kalau pertama kali pasang.
2. Buka Tools > Options.
3. Pergi C/C++ . Pastikan ruang C++ Compiler, Make Command dan Debugger Command sudah terisi.
4. Jika tidak, skrol ke bawah dan klik Restore Defaults. Netbeans akan cuba mengesan compiler anda dan lain-lain.
5. Jika tiada juga, sila Browse secara manual compiler anda. Mungkin juga anda terlupa memasang pakej compiler. Sila semak!
Setelah semuanya ok…
Bila anda gunakan Netbeans. Anda akan jumpa istilah Project dan File. Kalau gunakan IDE lain mungkin ada istilah Workspace.
Project — maksudnya samalah dengan perkataannya. Kalau anda buat projek atau program untuk Algebra. Buatlah satu project baru kat Netbeans dan namakan project itu algebra. Lebih kurang macam folder lah..itu jer…
File — maksudnya samalah gak dengan perkataannya. Bila kita ada folder tentu ada fail kan? File lebih kurang apa-apa kod sumber atau benda alah yang anda nak ingin bina bagi sesuatu itulah File.
Contohnya, anda ingin membina aplikasi untuk mengira Trigonometri. Maka ada buat satu Project dan namakannya Trigonometri. Untuk meletakkan aturcara (programming) mengira Trigonometri, anda buatlah satu fail main.cpp dan letakkan kod sumbernya (source code) di sini. Mungkin anda tak berapa nampak sekarang. Tutorial akan datang nanti nampak le
Pengenalan asas antaramuka
a) Senarai Projects, Files, Classes. Inilah bahagian kalau anda hendak mengakses fail CPP dan sebagainya.
b) Bila compile akan keluar semacam System Monitor kat sini.
d) Kawasan menaip pengaturcaraan.
e) Bila compile kat sini akan dipaparkan maklumat sama ada compile itu berjaya, ada ralat atau lain-lain.
Rasanya untuk peringkat awal. Ini saja ye kot…sambung ke Siri 1 nanti pula. Saya bercadang untuk buat video sekali. Insyallah…
Sumber

Last edited: