BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Turunkan harga minyak

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
image.jpg

BATANG KALI – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi janji beliau akan menurunkan harga petrol sebaik sahaja PR mengambil alih peme*rintahan negara.

“Saya berani ulang... hari ini menang (Pilihan Raya Umum Ke-13), esok saya umum harga minyak di seluruh negara turun,” katanya ketika berucap di hadapan 700 penyokong PR di Dewan Dato’ Abdul Hamid di sini, malam kelmarin.

Anwar, yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata, beliau akan memanfaatkan sepenuhnya keuntungan hasil minyak negara yang dianggar berjumlah RM90 juta setahun untuk melaksanakan janji tersebut.

“Jangan kata Anwar ***** ekonomi, Anwar tak reti, Anwar pembohong. Saya nak sebut di sini saya sanggup lakukan kerana bila harga minyak turun harga pengangkutan awam turun, jadi boleh kawal (harga barang),” katanya.

Beliau berucap pada program Ceramah Perdana Malaysia Tanpa Umno yang turut dihadiri Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Khalid Jaafar, Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Mohamed Nazar Yakin dan Pengerusi Jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Mat Rahat Ibrahim.

Anwar berkata, sekiranya PR menang pada PRU13, Parlimen Hulu Selangor akan diambil kembali dan Dun PR akan menjadi lebih kuat.

“Mereka (Umno) akan guna habis kuasa Melayu. Itu saja modalnya,” katanya.

Beliau mendakwa, Umno akan menggunakan apa sahaja cara untuk memusnahkan pengaruh politiknya dan tidak mustahil beliau akan dipenjarakan sekali lagi.

Katanya, jika beliau dimasukkan ke penjara, kemenangan lebih besar akan berlaku (untuk PR).

“Kalau ditakdirkan rakyat sedar, Anwar di luar pun insya-Allah kita menang, Anwar di dalam (penjara) lagi besar kita menang,” katanya, disambut dengan sorakan hadirin.

Terdahulu, Anwar menghadiri Majlis Makan Malam Mesra Rakyat bersama kira-kira 1,000 masyarakat Tiung Hua di Hulu Yam.

Dalam ucapannya pada majlis tersebut, Anwar mengajak penyokongnya menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Beliau mengajak rakyat supaya menyelamatkan Selangor dan Malaysia dan sekali lagi melahirkan keyakinan untuk menawan Putrajaya pada PRU13.

Beliau optimis untuk meningkatkan sokongan rakyat daripada 51 peratus pada PRU 2008 kepada sekurang-kurangnya 55 peratus pada PRU13.

sumber​
 
aku mmg nk dgr sgt bab2 trun hrga ni...zaman be end, brg naik xreti trun/.....
 
RM90 juta jer? bukan berpuluh billion ker?
 
muslihat pembangkang la nih. bila dia menang ko tngk je lah ape yg dia bt. negara sndiri akan merana.
 
Nak turunkan harga minyak dan kos kehidupan ... kena turunkan BN dulu .. mari kita sama2 turunkan BN dalam pilihanraya akan datang ni..
 
muslihat pembangkang la nih. bila dia menang ko tngk je lah ape yg dia bt. negara sndiri akan merana.

hehe pernah menang doh ke pembangkang ni?

mcm tau2 jer.. ahli nujum ke bos?

hahaha.. kalu test 5 tahun bg ke pembangkang ok jgk..

kita bagi lebih 50 tahun ke ummnoo..

acu kita test bg ke pembangkang skali..

ke guane..hehe
 
bab ekonomi aku percaya anuar berahim nie...

dulu dia pegang menteri kewangan... setiap projek perumahan MESTI bina 30% rumah kos RENDAH... dan kos sederhana 20 %...

skang nie?... pemaju macam shilake aje... semua dok buat rumah mewah... kerajaan gagal kontrol...
 
hehe pernah menang doh ke pembangkang ni?

mcm tau2 jer.. ahli nujum ke bos?

hahaha.. kalu test 5 tahun bg ke pembangkang ok jgk..

kita bagi lebih 50 tahun ke ummnoo..

acu kita test bg ke pembangkang skali..

ke guane..hehe

hasil negara dah lebih 50thn dirogoll oleh umNO.......
rakyat negara2 maju bleh je kasi tukar mana2 pemerintah......yg penting ia menguntungkn rakyat......
ini tak, hidung mcm dah kena ikat.......:p
 
Back
Top
Log in Register