InstaForexRebat
CG Hardcore Club


- Messages
- 58,370
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 58,370
- Reaction score
- 5,557
- Points
- 721
Berikan ganjaran 100 yuan (RM62.95) untuk setiap 1 kilogram. -Foto sumber Shanghaiist
XIAN - CHINA. Duit merupakan alat motivasi utama untuk sebuah syarikat untuk memastikan kakitangannya berada dalam keadaan sihat.
Menurut laporan China News, sebuah syarikat di Xi'an memberikan ganjaran 100 yuan (RM62.95) untuk setiap 1 kilogram untuk kakitangan yang berjaya mengurangkan berat badan.
Namun begitu, syarat kelayakan untuk program tersebut memerlukan kakitangan sudah mengurangkan sekuran-kurangnya 3 kilogram.
Laporan berita tempatan pula mengatakan lebih separuh dari jumlah kakitangan syarikat terbabit sudah menyertai program tersebut.
Seorang pekerja, Zhou Wei mengatakan beliau telah memperoleh 2,000 yuan (RM1,259.04) selepas menyertai program berkenaan dua bulan lepas.
Zhou juga telah berjaya mengurangkan sebanyak 20 kilogram setelah mengubah gaya hidupnya.
http://www.sinarharian.com.my/global/syarikat-bagi-duit-jika-kakitangan-kuruskan-badan-1.673802
Turun 1 Kilogram, Dapat RM62
![]()
BEIJING: Sebuah syarikat di China menarik perhatian media selepas menawarkan ganjaran kepada setiap pekerja yang berjaya mengurangkan berat badan.
Idea itu diusahakan oleh Wang Xuebao, Pengarah Syarikat Perunding Pelaburan Xian Jingtian di Xian City, dengan menawarkan wang sebanyak 100 yuan (RM62) bagi setiap kilogram yang berjaya dikurangkan oleh pekerjanya.
Menurut portal Oddity Central, Xuebao membangkitkan idea itu selepas mendapati stafnya termasuk dirinya sendiri menghabiskan banyak masa di meja masing-masing dan kurang bergerak.
Xuebao menganggap situasi itu tidak bagus untuk kesihatan diri selain menyebabkan masalah obesiti dalam kalangan pekerja.
"Saya berasa tertekan kerana ramai pekerja menghabiskan masa di meja, kurang bergerak dan semakin gemuk.
"Menerusi aktiviti mengurangkan berat badan, kita boleh membentuk budaya dan bersaing secara sihat demi kesihatan diri," katanya.
Usaha itu dimulakan sejak Mac lalu dan ternyata ia memberi motivasi kepada lebih separuh staf syarikat itu untuk mengurangkan berat badan.
Kebanyakan mereka mula mengamalkan gaya pemakanan yang sihat serta sanggup mengunjungi gimnasium sekerap mungkin bagi mendapatkan ganjaran yang ditawarkan oleh bos mereka.
Zhou Wei, seorang pekerja wanita yang berjaya mengurangkan berat sebanyak 20 kilogram dalam tempoh dua bulan, telah mengumpul ganjaran sebanyak 2,000 yuan (RM1,200) selepas setiap hari pergi ke gimnasium dan menukar gaya pemakanan.
Bagaimanapun Xuebao menetapkan syarat khas iaitu setiap staf perlu mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya tiga kilogram sebelum diberikan ganjaran.
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/05/17/china-obesiti-ganjaran/#ogAev5pIDEZxOBMM.99
Last edited: