BTC USD 62,127.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Turki serang Iraq

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ANKARA 20 Okt. - Tentera Turki termasuk pasukan pengebom tentera udara dan helikopter melancarkan serangan mengejut ke atas utara Iraq, beberapa jam selepas pemberontak Kurdish membunuh 24 askar negara ini dan mencederakan 18 yang lain dalam serangan di sepanjang sempadan kedua-dua negara, hari ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan membatalkan lawatan ke Kazakhstan dan mengadakan sidang media bagi mengumumkan Turki melancarkan serangan ke atas Iraq.

"Kami tidak akan tunduk terhadap mana-mana serangan sama ada dari dalam Turki atau dari luar," katanya.

Serangan yang dianggap sebagai terbesar dalam tempoh lebih tiga tahun itu turut mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Televisyen NTV melaporkan, tentera Turki memasuki kira-kira empat kilometer ke sempadan Iraq, manakala agensi berita Dogan melaporkan sekurang-kurangnya 20 pemberontak Kurdish terbunuh dalam serangan itu.

Kesahihan laporan itu masih tidak dapat dipastikan.

Serangan yang dipercayai dilancarkan kira-kira 200 pemberontak Kurdish di dua kawasan berasingan berhampiran sempadan Turki-Iraq itu merupakan serangan terbesar sejak 1990-an.

"Kami bertempur dengan tentera Turki di dua kawasan sejak pukul 3 pagi (waktu tempatan) hari ini," kata jurucakap pemberontak Kurdish, Dostdar Hamo di utara Iraq.

Sementara itu di Baghdad, jurucakap kerajaan tidak dapat dihubungi untuk ulasan berhubung serangan tersebut.

Presiden AS, Barack Obama menerusi kenyataan yang dikeluarkan White House mengutuk serangan ke atas Turki dan menyatakan sokongan kepada negara ini.

"Turki merupakan sekutu kami dan AS akan sentiasa memberikan sokongan padu kepada Turki bagi membendung ancaman keganasan daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan berusaha mewujudkan keamanan terutamanya di tenggara negara itu," katanya. - AGENSI
 
Bangsat...dia da mula daaaaaaa
satu..satu....umat muhamad nak dihapuskan
 
perang sesama Islam yg tak sedap didengar ni..
bila lah umat Islam nk bersatu..
 
majoriti puak kurdish ni islam sunni dari iran...so mmg ada kaitan sekali lg ngan syaitan iran, US & Israel!
 
Turki negara Islam terkuat dan memiliki ekonomi terbesar...xhairan jika ingin dihapuskan barat....
 
provokasi drpd iraq nk pnaskan turki ni aku rse.
 
Apesal plak.. Kuat lg ke iraq ni??
 
Back
Top
Log in Register