BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tupperware berkembang sejak 1946

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Antara produk Tupperware.

JENAMA Tupperware antara barangan yang menjadi pilihan utama isi rumah di Malaysia. Produk itu merangkumi bekas penyediaan, penyimpanan dan produk hidangan untuk dapur dan rumah.

Tupperware membangun, mengeluar dan mengedarkan produknya di peringkat antarabangsa sebagai sebuah anak syarikat milik penuh Tupperware Brands.

Ia dibangunkan oleh Earl Silas Tupper pada 1946 di Leominster, Massachusetts, Amerika Syarikat yang membangunkan bekas plastik mengandungi makanan dan menyimpannya dalam kedap udara.

Bekas yang dicipta beliau kemudian dipatenkan sebagai bekas ‘burping seal’, yang menjadikan jenama Tupperware berbeza dengan pesaing lain.

Beliau mula mencipta plastik untuk Tupperware pada 1938, tetapi hanya mula dijual menerusi parti-parti sahaja. Pada 1949, Tupperware memperkenalkan ‘Wonderlier Bowl’ yang membawa kepada permulaan pelbagai revolusi peralatan dapur. Tupperware mempelopori strategi pemasaran langsung yang dipopularkan pihak Tupperware.

Sekitar 1950-an, parti-parti Tupperware hanya dibenarkan untukwanita bagi mereka bekerja dan menikmati pendapatan, semasa Perang Dunia Kedua. Selama ini, tumpuan wanita hanyalah dalam bidang rumah tangga.

Earl Silas Tupper kemudian melantik bekas jurujual Stanley Home Products, Brownie Wise sebagai naib presiden pemasaran pada 1951 sebelum wanita itu membangunkan Tupperware Parties Inc.

Pada awal 1950-an, jualan Tupperware dan populariti produk itu meletup dan menyambut kejayaan wanita Tupperware dengan sambutan ‘jubli’ bertema mewah serta pelik bagi memberi ganjaran ke atas jualan laris dan merekrut individu, pasukan dan organisasi.

Pada 1958, Earl Tupper memecat Wise akibat perbezaan pendapat dalam operasi perniagaan Tupperware.

Akhirnya Rexall membeli Tupperware pada tahun yang sama dan jenama itu mula berkembang ke Eropah pada 1960 apabila Mila Pond menganjurkan parti Tupperware di Weybridge, England dan di seluruh dunia.

Tupperware kini dijual hampir 100 buah negara selepas memuncak pada lebih 100 selepas 1996. Jualan Tupperware kebanyakannya masih menerusi parti-parti sama ada di rumah, sekolah mahupun tempat kerja dengan ganjaran diberikan kepada tuan rumah.

Parti akan dikendalikan perunding Tupperware dan tuan rumah pula akan mengajak rakan-rakan dan jiran-jiran ke rumahnya untuk melihat produk Tupperware. Tuan rumah akan diberikan ganjaran produk percuma berdasarkan tahap jualan.

Namun, kini produk Tupperware boleh dibeli daripada 1.9 juta jurujual kontraknya menerusi agen dan stokis yang dilantik.
 
Mohd Fadli Salleh
20 hrs

Pergi ambil anak kat sekolah tadi dah jam 6:30 dah pun. Sampai kat jaga, Asyraff naik motor aku. Baru nak gerak, dia cakap,

"Ayah. Beg duit adik tertinggal kat kelas. Ada duit RM8 lagi dalam tu untuk untuk belanja esok dan lusa."

"Biar la beg duit tu. Esok pagi ayah pergi tengok."

Aku malas nak masuk dalam sekolah dah. Jauh juga pagar ke kelas dia. Kami pun bergerak pulang. Baru sekejap bergerak, Asyraff cakap lagi,

"Botol air pun tertinggal ayah."

"Sreeettttt!"

Terus aku brek emergency.

"Kenapa tak cakap? Duit hilang ayah boleh niatkan sedekah. Kalau botol air hilang, bukan setakat Adik kena marah. Ayah pun mungkin hilang nyawa. Tupperware ke dik?"

"Tak tahu jenama apa."

Ah, Tupperware ke, Tipuware. Kalau tinggal botol air kat sekolah boleh hilang nyawa woih.

Yang kelakarnya, waktu anak aku masuk kelas, ada seorang lagi lelaki di temani anaknya baru keluar dari kelas darjah 3 tingkat atas. Dari jauh aku laung,

"Kenapa tu bang?"

"Tertinggal botol air cikgu!" Balasnya dari kejauhan.

"Tupperware ke?" Jerit aku lagi.

"Yaaaaa!"

"Kahkahkah."

Kami gelak bersama. Laju dia gerak balik. Tak sempat nak ambil gambar bukti. Lewat balik pun boleh kena soal siasat juga weh. Bahaya main dengan kaum wanita ni. Seram. 😅

Waktu keluar pintu sekolah, guard pula tegur,

"Tertinggal apa cikgu?"

"Nyawa."

Senyum je guard dengar jawapan aku. Entah dia faham entah tidak. Lantakkan.

Gitu je aku jawab lantas pecut balik rumah dengan penuh kelegaan.

#MFS
- Wanita bukan makhluk bumi -

Kenapa org perempuan ni mcm obses dgn tupperware ni? kalau hilang masak la nak menjawap dgn mak/wife.
 
Anak aku yang Tahun 1 lupa bawa balik botol air Tupperware pun dah kena cakap mahal harga botol tu,esoknya jumpa balik ada dalam kelas haihhh.... :)
 
tapi serius.. kualiti tupperware sekarang ni.. lebih kurang kualiti kedai rm2 je.
 
Back
Top
Log in Register