BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help tuntutan nafkah muta'ah

panie

Fun Poster
Messages
471
Joined
Dec 29, 2012
Messages
471
Reaction score
4
Points
15
Assalamualaikum..

saya ingin meminta pendapat bg yg pernah mengalami atau yg tau berkenaan tuntutan nafkah muta'ah..

sepupu saya telah bercerai pada 8/3/2011..setelah 3 tahun bercerai pada 11/3/2014 bekas isteri telah memohon beberapa tuntutan daripada beliau..antara tuntutan tersebut ialah :

1)nafkah mutaah sebanyak rm30,00.00
2)nafkah iddah rm 500 x 3 bln = rm 1500.00
3)nafkah anak rm 400 setiap bln ( anak 2 org..yg pertama suami jaga dan yg ke -2 bekas isteri jaga )

persoalan sekarang nie..layakkah bekas isteri terhadap semua tuntutan tersebut?
 
Layak jika setelah ditolak dengan segala kemampuan bekas suamiserta sebab perceraian dan setelah pembahagian harta sepencarian.
 
maknanya semua tuntutan tersebut mmg bekas isteri layak tuntut?
 
yang paling penting nafkah anak itu di dahulukan.
 
Assalamualaikum..

saya ingin meminta pendapat bg yg pernah mengalami atau yg tau berkenaan tuntutan nafkah muta'ah..

sepupu saya telah bercerai pada 8/3/2011..setelah 3 tahun bercerai pada 11/3/2014 bekas isteri telah memohon beberapa tuntutan daripada beliau..antara tuntutan tersebut ialah :

1)nafkah mutaah sebanyak rm30,00.00
2)nafkah iddah rm 500 x 3 bln = rm 1500.00
3)nafkah anak rm 400 setiap bln ( anak 2 org..yg pertama suami jaga dan yg ke -2 bekas isteri jaga )

persoalan sekarang nie..layakkah bekas isteri terhadap semua tuntutan tersebut?

bawak ke mahkamah der. layak tuntut, tapi ex-suami tak mampu nak buat camner?
 
maknanya semua tuntutan tersebut mmg bekas isteri layak tuntut?

boleh tuntut tapi pihak penghakiman akan tengok kes terjadi lagu mana. jika datang dari kecurangan suami atau mengabaikan tanggungjawap tetapi berkemampuan, maka boleh diterima sepenuhnya.

Mut'ah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasah mengikut Hukum Syarak. Kadar mut'ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut'ah tersebut.

jika suami mnengabaikan tanggungjawap maka ianya tertakluk pada Tunggakan nafkah yang mana nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut dimana-mana Mahkamah Syariah. Jika ada anak, ia juga tertakluk pada Tunggakan nafkah anak boleh dipohon kepada Mahkamah apabila suami atau bekas suami telah gagal melaksanakan satu perintah nafkah anak yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Tunggakan tersebut boleh dipohon dari tarikh kegagalan membayar perintah nafkah anak tersebut.

mengenai nafkae edah ni pula, Nafkah edah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri di dalam temph Edah Raj'ie disebabkan sesuatu perceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut Hukum Syarak.

Cakap kat sepupu awak tu semua ni dia kena tanggung. mahkamah biasanya akan menyebelahi si isteri bila berlaku perceraian terutamaya jika sudah mempunyai anak.

Jika sebab perceraian terjadi kerana sepupu awak gilerkan perempuan lain sampai anak bini tak terjaga, maka kena berat ler.. :D

# mahkamah akan tetapkan ikut kemampuan bekas suami. Jika yang tu pun si suami tak boleh nak buat, maka tindakkan undang2 akan dikenakan. lagi pun kalau tak mampu nak tanggung lepas bercerai, camner mampu lak nak kawen baru??? kan. Kalau aku jadi hakimnya, sah dah kena!!
 
dlm kes nie si isteri yg curang dgn bos/kawan sepupu..

jadi bermakna tidak semestinya tuntutan mutaah rm 30k tu si bekas isteri dpt..tq
 
isteri nusyuz x layak tuntut kecuali nafkah utk anak shj.
 
dlm kes nie si isteri yg curang dgn bos/kawan sepupu..

jadi bermakna tidak semestinya tuntutan mutaah rm 30k tu si bekas isteri dpt..tq

tak ahh... kalau dia curang, mungkin nak tutup malu kes si isteri, boleh boleh bincang kata drop je permintaan mutaah tu.Walaupun pada dasarnya isteri yang diceraikan berhak mendapat bayaran mut’ah dari suaminya namun hak tersebut akan hilang, lupus atau lucut dalam beberapa hal keadaan, situasi dan faktor. Salah satu darinya adalah:

apabila isteri bersetuju dalam perjanjian yang dibuat selepas perceraian bahawa dia tidak akan menuntut mut'ah daripada suaminya.

biasanya jika ada catatan ‘tidak menuntut’ sepertimana yang tercatat dalam sijil daftar cerai, maka kebiasaanya mahkamah akan memberi kelonggaran atau batal terus nafkah Mutaah dan iddah tetapi tidak pada nafkah anak.

# Lagipun mungkin jatuh status isteri Nusyuz.... satu benda pun tak layak melainkan nafkah anak./...
 
Back
Top
Log in Register