jimie lee
Permanently Banned - Multiple ID

- Messages
- 5,244
- Joined
- Jul 1, 2011
- Messages
- 5,244
- Reaction score
- 839
- Points
- 111
"Setiap mukallaf wajib menafikan “dewa-dewa”, berhala atau apa sahaja yang disembah oleh orang kafir sebagai “tuhan” atau “ إِلَهَ” bagi mereka. Tidak ada ayat al-Quran atau hadith yang mengiktiraf “dewa-dewa” atau berhala sebagai “tuhan” atau “ إِلَهَ” bagi orang kafir.
Sesungguhnya, tuhan bagi sekalian manusia (sama ada Islam atau kafir) hanya Allah, kerana firman-Nya dalam surah an-Nas, ayat ke-1 dan 3, yang bermaksud :
“Kata olehmu, aku berlindung kepada tuhan (yang menjadikan) sekalian manusia”
“Tuhan sekalian manusia”[1]
[1] Lihat makna “Tuhan”, “ إِلَهَdan Allah, menurut hukum adat, akal dan syara’ dalam siapaALLAH.blogspot.com
Oleh sebab itu, lafaz perkataan "TIADA” pada kalimah "Tiada tuhan yang disembah (oleh penganut Hindu) melainkan berhala” sebenar-benarnya secara tidak sedar atau “tanpa niat” telah mengakui bahawasanya:
1) Wujud berhala yang lain, selain berhala yang dilafazkan.
2) Kita pernah melihat berhala lain selain berhala yang disembah oleh penganut agama Hindu.
3) Kita pernah melihat atau mendengar agama lain selain agama Hindu.
4) Kita pernah melihat penganut agama lain menyembah berhala yang lain selain penganut agama Hindu.
5) Kita yakin bahawasanya berhala penganut Hindu mempunyai persamaan dengan berhala yang disembah oleh bukan penganut agama Hindu.
6) Kita yakin bahawa berhala dan penganut agama Hindu itu mempunyai kelemahan.
abulhakim
Last edited: