BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tuntut nafkah 2 cucu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, menangguhkan sehingga 1 Mac depan bagi membolehkan bapa Angkasawan Negara hadir untuk mendengar prosiding permohonan nafkah dua cucu yang difailkan menantunya.

Hakim syarie Ghazali Ahmad menetapkan tarikh itu selepas dimohon peguam syarie Suriati Md Gani bagi memberi peluang Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abd Shukor, 74, hadir bagi mendengar permohonan menantunya, Haryati Mohd Redza, 31.

Difahamkan Sheikh Mustapha yang diwakili peguam syarie Zulqarnain Lukman kini sedang menjalani rawatan bagi penyakit kanser usus yang dialaminya.

Haryati memfailkan permohonan untuk mendapatkan nafkah dua anaknya, Sheikh Aiman Shukor Al-Masrie, 4, dan Siti Balkish Aisha Al-Masrie, 2, selepas kematian suaminya, Sheikh Mustaffa Shukor Al-Masrie Sheikh Mustapha yang juga adik kepada angkasawan itu.

Dalam penyata tuntutannya, Haryati memohon nafkah tahunan RM2,000, nafkah hari raya dan persekolahan RM2,000 dan nafkah bulanan RM1,500 bagi dua orang.

Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 73(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 yang memperuntukkan adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah hukum syarak supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.

Sheikh Mustaffa Shukor Al-Masrie yang bekerja sebagai jurutera awam meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 27 Oktober 2007 selepas koma seminggu akibat kecederaan di kepala kerana terhantuk tiang di sebuah restoran di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Pada 23 Disember tahun lalu, Sheikh Mustapha dan isterinya, Datin Zuraida Sheikh Ahmad, 64, selaku plaintif memfailkan permohonan hak penjagaan dua cucunya terhadap Haryati dan besannya, Kamar Aziah Abdullah, 61.
 
Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Halina bertunang 1 Januari

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor memilih 1 Januari 2010 sebagai hari istimewa untuk mengikat tali pertunangan dengan Dr. Halina Mohd Yunus.

Jejaka kacak yang mempunyai jutaan peminat itu bakal melangsungkan pertunangan dengan Dr. Halina di Hotel Allson Kelana, Seremban Negeri Sembilan.

Dr. Halina, 29, adalah anak jati Negeri Sembilan yang kini bertugas sebagai doktor bius di Hospital Selayang dekat sini.

Majlis pertunangan yang bermula pukul 4 petang itu akan dihadiri kira-kira 200 tetamu jemputan terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan rapat serta pihak media.

Sewaktu berkongsi detik bahagia ini, Dr. Muszaphar, memberitahu Utusan Malaysia, debaran bakal menjadi tunang orang tidak sama dengan detik ke angkasa menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007.

Dr. Muszaphar, 37, mengaku tidak sabar untuk menempuh satu lagi pengalaman baru bersama gadis pilihan serta mendapat restu keluarga kedua-dua pihak.

"Debaran ini makin terasa. Saya tidak sabar untuk menempuh satu lagi detik manis dalam kehidupan iaitu menjadi tunangan dan bakal suami kepada gadis yang saya cintai.

"Saya sangat gembira impian untuk merealitikan hubungan yang sekian lama terjalin kepada ikatan rasmi,'' katanya yang telah mengenali Dr. Halina sejak lapan tahun lalu.

Beliau mengakui bukan mudah untuk mencari tarikh dan masa yang sesuai bagi mereka mengadakan majlis kerana jadual hariannya yang sangat padat.

"Saya dan Dr. Halina juga tidak begitu percaya dengan ikatan pertunangan. Kalau boleh kami mahu terus bernikah dengan majlis yang sederhana.

"Tetapi sebagai menghormati permintaan keluarga dan budaya Melayu, kami setuju mengikat tali pertunangan terlebih dahulu.

"Bagaimanapun kami mahu majlis berlangsung secara sederhana serta diberkati Allah,'' ujar beliau.

Ditanya jumlah wang hantaran yang akan diberikan kepada bakal tunangnya, beliau berkata, 'biarlah rahsia.'

Mengenai pernikahannya, Dr. Muszaphar memilih 10 Oktober 2010 sebagai memperingati detik bersejarah sempena ulang tahun ketiga beliau ke angkasa lepas.

Katanya, misi selama 11 hari itu telah berjaya dilangsungkan dari 10 Oktober 2007 pukul 9.21 malam waktu Malaysia dan selamat kembali ke bumi 21 Oktober pada pukul 6.44 petang waktu Malaysia.

"Berpeluang ke angkasa lepas adalah catatan manis dalam hidup. Saya mahu mengabadikan tarikh itu sama hari saya bergelar suami untuk kenangan seumur hayat,'' katanya.
 
Back
Top
Log in Register