BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Telco Tunku Tun Aminah dilantik sebagai Pengerusi U Mobile

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
382253-382253.jpg


Tunku Tun Aminah dilantik sebagai Pengerusi U Mobile

Kuala Lumpur: Pegangan saham syarikat pelaburan tempatan, Mawar Setia Sdn Bhd (Mawar Setia) dalam U Mobile kini meningkat kepada lebih 50 peratus, sekali gus memperkukuh pemilikan Malaysia dalam operator mudah alih dan jalur lebar terkemuka itu.

Langkah strategik itu dicapai susulan penyempurnaan Perjanjian Jual Beli Saham (SPA) antara Singapore Technologies Telemedia Pte Ltd (STT) dan Mawar Setia, yang menyaksikan peningkatan penyertaan domestik dalam sektor telekomunikasi negara.

Peningkatan pegangan ini menandakan fasa baharu dalam pembangunan korporat U Mobile ketika syarikat sedang giat mempersiapkan diri untuk menerajui agenda digital nasional yang lebih mencabar.


Pelantikan baginda membawa pengalaman luas dalam aspek kepimpinan dan tadbir urus, memandangkan latar belakang baginda yang pernah menerajui pelbagai organisasi swasta serta menganggotai lembaga pengarah syarikat senaraian awam.

Tunku Tun Aminah mengambil alih peranan tersebut daripada Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun yang melepaskan jawatan Pengerusi selepas tamat waktu perniagaan pada 12 Mac lalu.

Bagaimanapun, Vincent Tan akan terus menyumbang kepakaran beliau dalam syarikat dengan menggalas peranan baharu sebagai Pengasas dan Penasihat Lembaga Pengarah bagi menyokong pertumbuhan berterusan U Mobile.

Mengulas mengenai perubahan itu, Tan berkata, rombakan di peringkat bilik lembaga itu mencerminkan komitmen padu syarikat untuk membina infrastruktur digital yang lebih dipercayai dan berskala besar.

"Fokus utama kami adalah untuk memperkukuh tadbir urus dan sokongan pembiayaan jangka panjang supaya pasukan pengurusan dapat memacu pelaksanaan rangkaian dengan lebih pantas," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan U Mobile memenuhi jangkaan liputan yang ditetapkan untuk rangkaian 5G kedua negara, selain mengekalkan disiplin pelaburan yang mampan.

"Saya amat berbesar hati untuk berkongsi bahawa U Mobile sedang mencatatkan kemajuan yang amat baik dan kini berada mendahului jadual pembangunan yang telah ditetapkan," katanya.


Artikel➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register