balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KOTA BHARU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongannya terhadap kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen bermula malam semalam selari dengan kenaikan gaji minimum yang dilakukan kerajaan.
Menurutnya, kenaikan gaji minimum menyebabkan berlaku peningkatan terhadap pengeluaran sekali gus mempengaruhi kenaikan harga barangan dan kos sara hidup.
"Saya bersetuju kerana saya fikir, subsidi kerajaan meletakkan sesuatu barangan bukan pada harga sebenar, yang memudahkan aktiviti kecurian dan penyeludupan minyak, bawa ke Thailand ke negara lain.
"Di negara yang keluar minyak seperti negara Arab pun, harga minyak lebih tinggi, bagaimana kita (Malaysia) boleh jual murah, " katanya ketika menghadiri Hari Antarabangsa 2014 di Kolej Wadi Sofia di sini, hari ini.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/tun-m-setuju-kenaikan-petrol-1.322297