BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tun M kritik Najib kerana duit kerajaan hilang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KAJANG - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tiada masalah dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang asalkan pentadbiran Najib 'bersih' daripada hutang.

Beliau berkata, serangannya dan kritikannya ke atas pentadbiran Najib, adalah disebabkan duit negara sering hilang dan hutang semakin meningkat.

‎"Kerajaan kalau bayar hutang saya tiada masalah, yang jadi masalah sekarang ini duit hilang kalau satu, dua juta tak apalah, ini sampai 14 juta, 20 juta hilang tidak tahu ke mana pergi.

"Ini persoalannya, saya tidak puas hati pasal duit kerajaan hilang," katanya ketika sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana di Jerman Institut, Kajang hari ini.

‎Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Najib semalam yang mengatakan bahawa beliau tidak akan berganjak walaupun 'diserang'

Najib semalam dipetik berkata, biar dirinya diasak dan dikritik, tetapi sebagai kerajaan yang telus beliau tidak akan berganjak atau menyerah kalah malah akan terus istiqamah berjuang demi negara.

Kenyataan Dr Mahathir tersebut merujuk kepada hutang 1MDB, yang sehingga kini belum dilunaskan keseluruhan hutangnya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/tun-m-kritik-najib-kerana-duit-kerajaan-hilang-1.384814
 
sialan bijan....
 
"Najib semalam dipetik berkata, biar dirinya diasak dan dikritik, tetapi sebagai kerajaan yang telus beliau tidak akan berganjak atau menyerah kalah malah akan terus istiqamah berjuang demi negara."

Muka tarak malu ini org..bole lg mengaku kerajaan telus.
 
tun M dh bersabar lama..br skrg meletop
 
xde la kaya mna kerjaan malaysia ni...berhutang gak...blagak lebih,,,,,melayu katakan..
 
Takkan mahathir tak boh check mate kan bn dgn najib skali.

Dh tak tahan lagi hidup bwh najib ni. Teruk sangat rasanya.
 
Back
Top
Log in Register