BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TUN kejam sekejam2nya....

hehehehe ok lagi tuh aku kat sini satu langkawi sumpah seranah kat dia.
LtDL dah bawa p Kepala batas LIMA pun tahun ni last buat kat Langkawi..xlama lagi jadi PIMA kat tempat dia penang.sedih2..

aku ada pengalaman kat sini seluruh jentera gerakan polis SP, AS dan Langkawi melalui bos masing2 warning UMNO sini jgn sambut TUN walau ape cara sekalipun bila TUN dtg sini. Sebarang sambutan ketibaan di airport tidak boleh dilakukan secara terbuka.Dan yg paling sedih projek hotel aku yg amat TUN sayang dan follow dr awal pembinaannya dirasmikan oleh PL..adoii sekalipun pun PL xpernah dtg site alih2 rasmi mangkuk betoi..

Zaman TUN sekurang2nya Langkawi makin dikenali serata dunia dengan:

a. Cabel Car dan Jambatan Gantung
b. Underwater World dan Penguin Antartica World
c. Pembangunan pesat hotel2 bertaraf antarabangsa.
d. Pembangunan Marina bagi kapal2 mewah untuk berlabuh di Pantai Kok
e. Le Tour de Langkawi (LtDL)
f. Langkawi International Maritime & Aerospace (LIMA)
g. Ahhh banyak lagi la nak senaraikan nanti la aku isi lagi..hehehehehe

PL makin lama memerintah makin cepat PP terlepas dr pegangan bangsa Melayu..Siap sedia untuk melihat Spore kedua di PP..
undur-LAH

_________________________________________________________
a-g tu dibuat dalam masa 3 tahun pemerintahan Tun 1981-1984
info.arkib negara
 
tun xkejam..dia jd mangsa keadaan..kita patut thutang budi kat tun..tun mmg hebat n d hormati seantero dunia..masalah politik 2 lain citer..aku r ttp respek kat tun mahathir..(soal bertengkaq aku xtaw k...)...tun BUKAN KEJAM !
 
Walaupun kekadang aku tak suka mahathir masa dia jadi PM, tapi aku salute jugak la kat dia.. org gerun ngan ikut cakap Malaysia.. skang nih, bwahahhahahaa cam badut sarkis jer Malaysia nih.. Pak Lah .. pak Lah... takkanla pemergian Isteri tercinta hang dok jadi cam nih... Kalut laa hang nih... balik balik I dont know, kena selidik balik... mmg tade tokoh pemimpin langsung... KNOWLEDGE OUT TERUS.. camner nak pimpin orang kalau soalan simple pon nak berdalih ngan tak tahu jawab on the spot? Perdana Menteri kena tahu semua benda yg terjadi... Jangan lepas tangan jer... Sebab tuh report Menteri setiap hari penting.. jgn lepas kol 5 je nak balik tido.. Paklah paklah... Kena pijak kepala ngan org pon masih tak nampak... hadeh...
 
tun m tak kejam...tun mahathir adalh watak protagonis yg hebat n mulia..dia masih mcari identiti wpun dh bsara..tun m mahu berbakti sehingga akhir usia...10x tun m..jasamu kukenang smpai ble2...
 
tun m tak kejam...tun mahathir adalh watak protagonis yg hebat n mulia..dia masih mcari identiti wpun dh bsara..tun m mahu berbakti sehingga akhir usia...10x tun m..jasamu kukenang smpai ble2...

sila baca tajuk betoi2 bukan bermaksud TUN kejam la..TUN disanjung dan dipuji atas kebijaksanaannya memimpin M'sia..harap baca tajuk dan penerangan post pertama 2-3 kali lagi..:rolleyes:
 
sila baca tajuk betoi2 bukan bermaksud TUN kejam la..TUN disanjung dan dipuji atas kebijaksanaannya memimpin M'sia..harap baca tajuk dan penerangan post pertama 2-3 kali lagi..:rolleyes:

mmg la tun xkejam..dia watak protagonis yg tersanjung..kitorg taw maksud tsirat jutaonefami 2...don wori geng..aku sokng ko...:D :D :D
 
mmg la tun xkejam..dia watak protagonis yg tersanjung..kitorg taw maksud tsirat jutaonefami 2...don wori geng..aku sokong ko...:D :D :D

yooo bravo..cheers semangat mcm ni yang kita nak..Semoga TUN diberikan kemampuan utk mengembalikan sinar kegemilangan M'sia seperti dulu..Hidup Melayu:D
 
Tun Dr Mahathir merupakan seorang negarawan yang ulung... dengan mempunyai kelebihan melangkaui masa.. maka tidak hairan lah TDM amat-amat disanjung oleh dunia luar... hatta negara musuh Islam sendiri...
 
zaman pak lah banyak hiburan apa....tunjuk ajarku sifuu...sck mai dik laaa!!!
 
Tun Dr Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia Keempat (1981-2002)
'Pencetus Malaysia Negara Maju'

Era

Pada 20 Disember 1925, Encik Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi dikurniakan dengan seorang anak lelaki di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Pada masa itu, mereka telah pun mempunyai lapan orang cahaya mata. Anak bongsu ini dinamakan Mahathir bin Mohamad yang kini dikenali sebagai Tun Dr Mahathir bin Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia yang keempat mulai 18 Julai 1981.

Asal Usul

Persekolahan Tun Dr Mahathir bin Mohamad bermula di Sekolah Melayu Laki-laki Seberang Perak, Kedah. Kemudian disambung ke Sekolah Inggeris Alor Setar (kini Maktab Sultan Abdul Hamid) di mana ayahandanya, Encik Mohamad bin Iskandar adalah gurubesar sekolah itu yang pertama. Ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi adalah keturunan Wan Mat Saman, Menteri Besar Kedah yang membina terusan Wan Mat Saman.

Encik Mohamad Iskandar adalah anak Melayu pertama yang menjadi guru besar sebuah sekolah Inggeris pada tahun 1908. Beliau adalah seorang yang tegas dan menitikberatkan prestasi pendidikan yang tinggi di kalangan anak-anaknya. Sejak kecil Tun Dr Mahathir bin Mohamad dikatakan sebagai seorang yang pasti akan jalan tujunya dan cara mencapai matlamatnya. Secara semulajadi beliau merupakan seorang yang rajin dan mempunyai determinasi untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad bersekolah di Sekolah Melayu Seberang Perak sebelum memasuki Sekolah Inggeris Kerajaan di Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Halim. Semasa Jepun memerintah Malaya persekolahannya tergendala dan Tun Dr Mahathir bin Mohamad berkecimpung dalam perniagaan gerai kopi serta menjual buah-buahan dan barangan kraftangan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga Senior Cambridge. Tun Dr Mahathir bin Mohamad kemudiannya pada tahun 1947, melanjutkan pengajian ke King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura. Pengalaman berniaga yang dilalui menyedarkan beliau betapa perlunya kemahiran berniaga untuk meninggikan taraf hidup kaum Melayu. Inilah yang mendorong Tun Dr Mahathir bin Mohamad menceburi bidang politik apabila beliau masih di bangku sekolah.

Ketika zaman persekolahan lagi Tun Dr Mahathir bin Mohamad menentang Malayan Union dengan lantang dan menubuhkan Kesatuan Melayu Kedah serta Kesatuan Pemuda Melayu Kedah. Pada tahun 1946, Tun Dr Mahathir bin Mohamad merupakan salah seorang ahli UMNO yang awal dengan kemasukan Kesatuan Melayu Kedah ke dalam UMNO. Dr. Mahathir sejak mudanya adalah seorang yang rajin menulis. Dengan nama penanya 'Che Det' beliau banyak menulis tentang kisah-kisah yang melanda masyarakat Melayu yang tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan. Kebanyakan rencana Tun Dr Mahathir bin Mohamad dihantar ke Strait Times dan Sunday Times bertemakan kepahitan hidup masyarakat Melayu. Bakat kepimpinannya terselah semasa menuntut lagi apabila beliau dilantik sebagai Presiden, Penrtubuhan Islam, Kolej Kedoktoran. Tun Dr Mahathir bin Mohamad sering mengikuti perdebatan dan forum dan tidak segan silu menyatakan pendapatnya yang sebenar. Pada tahun 1952, Tun Dr Mahathir bin Mohamad lulus dengan ijazah perubatan MBBS.

Penglibatan politiknya bermula pada tahun 1945 apabila Tun Dr Mahathir bin Mohamad menganggotai SABERKAS. Pada tahun 1946 Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyertai pula Kesatuan Melayu Kedah. Apabila Kongres Melayu SeMalaya diadakan pada tahun itu, Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad turut sama dalam peristiwa bersejarah itu dan merupakan salah seorang pengasas UMNO apabila Kongres membuat resolusi untuk menubuhkan UMNO dan membuka keahliannya.

Berkat hasil usaha beliau, Tun Dr Mahathir bin Mohamad mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian di bidang perubatan di Universiti Malaya, Singapura. Semasa di Kolej Perubatan, Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Islam dan Ketua Ridaksi majalah pelajar di Kolej Kedoktoran tersebut. Di sinilah juga Tun Dr Mahathir bin Mohamad bertemu dan kemudiannya berkahwin dengan Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 5 Ogos 1956, dan mereka dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura, dan Mazhar.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan pada 1953. Tun Dr Mahathir bin Mohamad seterusnya berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar dan kemudiannya di Pulau Langkawi. Pada tahun 1957, Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad membuat keputusan untuk meletakkan jawatan dan membuka klinik MAHA di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Ini semata-mata untuk membolehkan beliau bergiat dalam politik. Pada masa inilah beliau dikenali sebagai Dr Mahathir.
 
Back
Top
Log in Register