BTC USD 83,006.6 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TUN kejam sekejam2nya....

Bagi sy...tak kiralah macamana sekalipun....keutamaan adalah kepada orang2 melayu...tak kirala parti pembangkang atau kerjaaan...ianya mestilah orng melayu....pertahankan hak2 orng melayu kita....gunakan hak anda sebagai kaum yang paling ramai di Malaysia. itulah yang paling penting sekali....sedarlah..
 
Rasa2nya boleh ke berlaku TUN jd PM semula??

Bukankah Kuasa Demokrasi terletak pada rakyat..

Kalau la boleh berlaku, aku harap di masukkan je PakLah tu dalam lokap bawah tanah...dikenakan ISA..bukankah dia sedang membahayakan kedaulatan Malaysia? kemudian di ajar bertaubat, di ajar kepada dia, apa itu ISLAM..
 
off topik jap..thread politik dah kena gam ker? aku cari x jumpa..:D :)cgrock
 
< setiap org ada kelemahan >

ya...ayat skima nih buat aku menyampah !!!! mmg abang lah ada kelemahan tapi kalau kelemahan yg ada dlm diri abang lah yang berjiwa muda itu menyebabkan orang melayu dan negara lemah ...baik abang lah resign ajelah...duduk rumah jaga cucu lagi baik.
 
berforum dengan menggunakan ayat caci mencaci itu bukan cara islam...

Islam sendiri melarang umatnya menggunakan perkataan kesat terus kepada individu terbabit..tetapi kalo secara general boleh...seperti kata2 ke atas parti..tetapi bukan kata kesat..tetapi teguran yang membina :)

bukan semestinya kita berforum dengan cara skema...:)
 
hairan bin ajaib lah! napelah pemerintahan TUN dulu dicop sebagai Kejam? walhal, takdelah plak pembunuhan beramai-ramai macm pemerintahan polpot,Hitler dan sbg nya..nape ek? mungkin disebabkan:

1) masa pemerintahan TUn, menteri-menteri tak bergerak bebas. mereka kena bekerja kuat utk rakyat.sebab tulah mereka kata Pak Lah best. sebab mereka boleh pegi bercuti tgk itik dan ikan kat kg.... hahahahaaha

2) masa pemerintahan Tun, Tun mengamalkan dasar bekerja untuk rakyat, bukan "BEKERJA BERSAMA-SAMA SAYA". sebab tulah KJ sibuk gak bekerja dgn Pak Lah..amik berkat..... hahahaaha baiknya PAKlah

3) masa pemerintahan Tun, beliau nak tahu ape menteri buat. so, menteri kena bagi report kat Tun supaya bila wartawan tanya, takdelah Tun jawab: "Menteri kena jawab.sebab mereka lagi arif dalam bidang tu"....

4) masa pemerintahan TUN harga minyak punya susah nak naik hatta sepuluh sen pun..Time Paklah pulak selamba jer minyak naik berdas2 selamba jer 30 sen naik x umum ape2..ayam naik 65 sen sape nak jawab? gula pun naik sebab kena beli gula halus 2.80 1kg beras punya subsidi pun xlama lagi nak tarik balik...

TUN juga kejam kerana langkah2 berikut:-

Melancarkan Slogan Bersih, Cekap, Amanah
Dasar Pandang ke Timur
Punch Card
Penerapan Nilai-nilai Islam
Kepimpinan Melalui Teladan
Buy British Last
Mengambil Balik Carcosa Seri Negara daripada British
Menghapuskan imuniti raja-raja
Menyamakan waktu sabah dan sarawk dengan semenanjung
Menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa
(FAKTA : Dakwaan bahawa UIA adalah idea Anwar langsung tidak tepat dan merupakan satu penafian sejarah. Idea ini adalah dikemukankan oleh Dr. Mahathir di Persidangan Pendidikan Islam di Mekah pada 1977. Malahan ketika Anwar masuk ke dalam UMNO pada 1982, proposal UIA telah siap. Ketika Anwar masih baru membuka langkah dalam UMNO, UIA telah pun ditubuhkan dengan Tun Hussien On sebagai Presiden pertama dan Sultan Ahmad Shah sebagai Canselor. Anwar hanya menjadi Presiden
ketiga. Bagaimanapun tidak dapat dinafikan jasa Anwar mengemmbangkan UIA pada masa beliau. Cuma idea UIA adalah Idea Mahathir yang sekarang dipanggil Mahafiraun oleh pembangkang.)
Mempergiatkan usaha melaksanakan sistem perbankan dan Insuran Islam yang dirancang oleh UMNO sejak tahun 1970-an.
Proton Saga*
Lebuh raya Timur-Barat*
Jambatan Pulau Pinang*
Mewujudkan Jabatan Kemajuan Islam
Jabatan Kehakiman Syriah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Wawasan 2020
Putrajaya
Cyberjaya
Formula One
Sukan Komanwel
KLCC
KLIA
dan banyak lagi

isk2 kalau ini yg dikatakan kejam no wonder la semua dok sokong lagi kabinet half past six Paklah adehh laaa-undur-LAH

Antara Pak Lah dan Tun , aku respek lagi pada tun , tun memang hebat otak brilliant , jana wang negara ikut segi ekonomi , walaupun dari segi 'kes' lain teruklah cth peristiwa pembunuhan beramai-ramai x <<< memang teruk but tapi kaedah pembawaan kepada kemakmuran ekonomi tu aku respek .

Cara fikir dan tindakan tun memang berbeza dengan pak lah .
 
Back
Top
Log in Register