BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tun Dr Mahathir Kembali Ke .....

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Tun Dr Mahathir Kembali Ke Proton Setelah Empat Tahun Setengah

SHAH ALAM, 10 Sept (Bernama) -- Bagai sirih pulang ke gagang, pengasas dan penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad kembali semula ke kilang pengeluaran kereta nasional pertama negara.

Beliau melahirkan perasaan gembira kerana dapat melihat serta mengimbau kembali nostalgia di bangunan yang menyimpan sejarah tersendiri.

"Saya gembira dapat melihat bangunan pertama melahirkan kereta Proton pertama negara pada 1985. Sekarang Proton sudah 27 tahun, tidak banyak perusahaan yang boleh kekal lama seperti ini," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama warga Proton di kilang pengeluaran kereta nasional di sini Khamis.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir turut menyorot kisah kejayaan kilang berkenaan yang disifatkan sebagai lambang kemajuan negara dalam bidang automotif.

Katanya, Malaysia menubuhkan Proton kerana percaya dan yakin kemampuan negara dalam bidang itu walaupun pada awal penubuhannya banyak pihak yang tidak yakin malah ada yang mempersenda kemampuan Malaysia.

"Saya masih ingat ada yang keluarkan gambar kereta Proton dengan bumbung kereta lembu. Tapi bila kita keluarkan kereta pertama dan saya memandunya ramai yang 'thumbs up' (menunjukkan tanda bagus) tunjukkan mereka amat gembira dan bangga," katanya.

Menyentuh perkembangan Proton pada hari ini, Mahathir berkata beliau yakin Proton mampu menjadi penyumbang utama untuk Malaysia mencapai status negara maju pada 2020.

Beliau berkata kemampuan Proton yang mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM64 juta pada suku penggal pertama tahun ini menunjukkan industri berkenaan mampu bersaing di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Katanya, Proton juga diharap dapat menjalin kerjasama dengan industri automotif asing bagi meningkatkan kecanggihan kereta nasional negara itu.

Terdahulu, Pengerusi Proton Holdings Bhd Datuk Mohd Nadzmi Salleh dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran Mahathir ke kilang itu yang disifatkan masih memerlukan sentuhan Perdana Menteri Malaysia keempat dalam usaha memastikan ia terus berkembang maju.

Mohd Nadzmi berkata Proton juga telah menyediakan sebuah pejabat khas buat Mahathir di tingkat dua, Pusat Kecemerlangan Proton di sini bagi memudahkan beliau memantau perkembangan Proton.

"Kita harap Tun (Dr Mahathir) gembira dengan pejabat yang kita sediakan, walaupun kecil tetapi ia mampu menyediakan keperluan Tun setiap kali melawat kami. Selepas empat tahun setengah, diharapkan Tun Dr Mahathir akan kerap melawat Proton.

"Proton masih perlukan panduan dari Tun untuk kembali semula mencapai kecemerlangan," katanya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Mohd Nadzmi turut berkata selain mencatatkan keuntungan selepas menanggung kerugian beberapa tahun kebelakangan ini, Proton kini kembali menguasai pasaran tempatan mengatasi Perodua.

-- BERNAMA
 
Last edited:
Mengabihkan beras ajer org tua tuh :D
 
dia teringin nk pakai VW tuoreg. hr tu kan proton ambik blk.
 
kan proton tuh anak emas dia...
 
proton ni kalau gomen tak tolong rasanya dah tutup
 
biar la dia nak kembali...sebab dah dekat dah tuh..tunggu je..
 
Back
Top
Log in Register