BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tumpu pil Eramin 5

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Tumpu pil Eramin 5


KUALA LUMPUR: Sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah di negara ini, kini dikesan lebih menumpukan kegiatan mereka pada dadah Eramin 5 sahaja, ini dipercayai kerana ia lebih mudah untuk diseludup masuk melalui laluan laut dan sukar dikesan pihak berkuasa.

Terbaru dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Taman Damai Utama, Puchong, dekat sini petang kelmarin, sebanyak 395,000 pil berkenaan yang bernilai RM7.9 juta berjaya dirampas.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, sepanjang tempoh enam bulan lalu, pihaknya berjaya merampas 4.115 juta pil Eramin 5 melalui beberapa serbuan di seluruh negara termasuk membongkar sebuah makmal memproses dadah berkenaan di Klang, Selangor.

Menurutnya, semua dadah jenis sintetik yang dirampas itu dianggarkan bernilai lebih RM80 juta dan peningkatan secara mendadak dadah jenis berkenaan sedang disiasat serta ditangani.


“Rampasan Eramin 5 pada 2010 adalah sebanyak 2.016 juta pil, manakala tahun lalu hanya 87,012 biji sahaja dan berdasarkan statistik menunjukkan peningkatan ini, kita percaya sindiket dadah kini mula menumpukan kepada penyeludupan dan pengedaran jenis berkenaan.


“Perkembangan terbaru ini mungkin disebabkan terdapat banyak permintaan untuk dadah jenis berkenaan dan berdasarkan siasatan, kita dapati kebanyakan dadah terbabit diseludup masuk ke negara ini menggunakan kontena yang dibawa dengan kapal,” katanya di sini, semalam.

Katanya, pada tahun lalu, trend lebih kepada penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu, namun selepas polis berjaya menumpaskan beberapa sindiket besar dan membongkar beberapa makmal pemprosesan syabu terutama di utara tanah air, sindiket bertukar strategi mereka kepada dadah jenis Eramin 5 pula.


“Dadah pil atau dikenali sebagai ‘dadah untuk berpesta’, banyak diedarkan di pusat hiburan dan polis percaya permintaan tinggi terhadap dadah itu menyebabkan sindiket menyeludup masuk dadah berkenaan dengan kuantiti yang lebih banyak,” katanya.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TumpupilEramin5/Article/index_html
 
Back
Top
Log in Register