BTC USD 60,958.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tumbuk, angkat, hempas guru

Jering

Fun Poster
Messages
993
Joined
Mar 14, 2019
Messages
993
Reaction score
184
Points
23
11120hidayah2_1578749962.jpg

GURU cedera selepas dipukul pelajar yang berang ditegur. FOTO Ihsan Polis

Nurul Hidayah Bahaudin
[email protected]

PELAJAR lelaki Tingkatan 3 menumbuk dan membelasah guru lelaki kerana berang guru berkenaan menegurnya menunggang motosikal tanpa lesen di Song, Kapit, semalam.

Ketua Polis Daerah Song Deputi Superintendan Rowney Michael Jalak berkata, kejadian itu berlaku di sekolah menengah di daerah ini pada 11.50 pagi.

"Difahamkan pelajar terbabit tidak berpuas hati terhadap teguran guru berkenaan berhubung tindakannya yang menunggang motosikal ke sekolah tanpa lesen.

"Selain menumbuk, suspek juga mengangkat serta menghempas guru berkenaan ke lantai sehingga mangsa mengalami luka di kepala dan tangan sebelah kiri," katanya dalam kenyataan di Song, hari ini.

Rowney berkata, tindakan suspek membelasah mangsa juga mengakibatkan mangsa lebam di pipi.

"Kejadian itu turut disaksikan seorang lagi guru yang kemudian meleraikan situasi berkenaan.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/534269/tumbuk-angkat-hempas-guru
 
risau pulak nk kerja guru sekarang ni
 
antara 2, murid tu mmg kuangjo, atau pn guru tu memaki lebih2
 
Dlm bilik darjah pun kena ada cctv dh lanie
 
Back
Top
Log in Register