BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Tular. Video BAPA PIJAK ANAK

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Tular. Video BAPA PIJAK ANAK .
1618385864267.png

Ni namanya bapa durjana. Khabarnya kejadian di Wilayah Sabah sana. Min sertakan link video. Harap dia ni tak terlepas 😡😡😡



Friends Of PDRM Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )


 
Last edited:
masalah mental..
 
bagi bapak2 yg kawin mudo & blm mampu kwl stress jaga anak2 kecik, klu iman x kuat mcm ni lah jadi nyo,

blh jadi sebab anak2 kecik bising2 x henti2, bpk jadi stress & beduk anak2 & unjukkan pisau takut2kan anak supayo x bising
 
Kesiannya budak tu, bapak dia ada masalah mental agaknya ni.
 
dia sendiri amik gambar, dia sendiri upload?
 

Polis buru lelaki pijak, acu pisau, ugut bunuh dua anak

51618391710_Polisburulelakipi.jpg


TAWAU: Rakaman perbuatan seorang lelaki mendera dua anaknya yang masih kecil dengan memijak sambil mengacukan pisau dan mengugut untuk membunuh mereka menjadi tular sejak Selasa.

Berdasarkan video dan gambar yang dimuat naik di laman Facebook OrangKunak, kedua-dua kanak-kanak itu dilihat menangis kesakitan dan ketakutan, malah suspek dipercayai turut merakam perbuatannya itu sendiri.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Ulu Balung, Tawau, baru-baru ini.

Difahamkan, suspek yang mempunyai masalah rumah tangga dan baru bercerai dengan isterinya, melarikan kanak-kanak dianggarkan berusia antara dua hingga empat tahun itu daripada wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berkaitan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

"Sejurus menerima laporan, sepasukan pegawai dan anggota dihantar ke lokasi kejadian namun suspek sudah tiada di premis tersebut. Dia kini dipercayai bersembunyi dengan membawa dua anaknya itu," katanya.

Belau berkata, polis sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya kepada polis dengan segera.

Astro AWANI sedang mengikuti perkembangan terkini daripada pihak berkuasa berhubung kes ini.

 
Polis buru lelaki pijak, acu pisau, ugut bunuh dua anak

Petrus Bernard
April 14, 2021 17:15 MYT

TAWAU: Rakaman perbuatan seorang lelaki mendera dua anaknya yang masih kecil dengan memijak sambil mengacukan pisau dan mengugut untuk membunuh mereka menjadi tular sejak Selasa.

Berdasarkan video dan gambar yang dimuat naik di laman Facebook OrangKunak, kedua-dua kanak-kanak itu dilihat menangis kesakitan dan ketakutan, malah suspek dipercayai turut merakam perbuatannya itu sendiri.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Ulu Balung, Tawau, baru baru ini.

Difahamkan, suspek yang mempunyai masalah rumah tangga dan baru bercerai dengan isterinya, melarikan kanak-kanak dianggarkan berusia antara dua hingga empat tahun itu daripada wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berkaitan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

"Sejurus menerima laporan, sepasukan pegawai dan anggota dihantar ke lokasi kejadian namun suspek sudah tiada di premis tersebut. Dia kini dipercayai bersembunyi dengan membawa dua anaknya itu," katanya.

Belau berkata, polis sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya kepada polis dengan segera.

Astro AWANI sedang mengikuti perkembangan terkini daripada pihak berkuasa berhubung kes ini.
 
nampak macam dia cuba nak bagi bekas isteri dia tension/nak ugut bekas isteri dia lah tu.

Malang sungguh / lemah sungguh mental anak muda islam kita .

Marah bekas bini sampai sanggup buat mcm tu pada anak.

Mana p kasih sayang???

Betullah marah tu pengaruh syaitan.

Patutlah kena ambik wuduq bila perasaan marah datang.

Kalau tak dikawal..jadi hilang akal..hilang kasih sayang bapa. ( tapi nampak dia masih kontrol tak tekan kaki dia kuat2.

Tapi budak2 tu pasti tetap trauma.
 
Back
Top
Log in Register