BTC USD 62,496.3 Gold USD 4,319.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tular dakwaan anggota trafik minta RM100

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866

Tular dakwaan anggota trafik minta RM100​


28 Januari 2024 07:42pmMasa membaca: 4 minit

2516689.jpg

Rakaman video tular memaparkan anggota polis trafik meminta RM100.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat sebuah video tular di media sosial sejak Ahad berhubung isu pembayaran saman yang dikenakan terhadap seorang pemandu warga asing.

Ia susulan rakaman video berdurasi 50 saat, dimuat naik di laman X @doktorrezz yang memaparkan pasangan pelancong dari United Kingdom disaman oleh anggota polis trafik akibat kesalahan memandu laju.

Pasangan pelancong yang menaiki sebuah van telah ditahan ketika dalam perjalanan ke Ipoh, Perak.

Dalam video itu, seorang anggota polis trafik memberitahu pasangan terbabit bahawa van terbabit dipandu 80 kilometer sejam berbanding had laju yang dibenarkan iaitu 60 kilometer pada jam 11.30 pagi.

"Saya akan berikan kamu surat saman dan kamu pergi ke balai polis untuk membayarnya, jika bayar di balai, RM300. Bayar sekarang, RM100," kata anggota polis trafik terbabit.
Dalam visual terbabit, pasangan itu bersetuju untuk membayar secara tunai dan menyerahkan wang kertas berjumlah RM100 kepada polis berkenaan.
Anggota polis terbabit kelihatan mengambil wang berkenaan tanpa memberikan sebarang surat saman.

Sementara itu seorang pengguna media sosial, Asyraf Ibrahim berharap PDRM menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap anggota berkenaan.



Dalam perkembangan sama, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri memaklumkan pihaknya sedang menyiasat video tular berkenaan.
 
Permohonan sambung reman polis trafik disyaki minta RM100 dari pelancong UK ditolak

IPOH – Mahkamah Majistret Ipoh di sini hari ini menolak permohonan sambung reman terhadap tiga anggota trafik yang disyaki terlibat dalam kes menawarkan penyelesaian bayaran saman RM100 kepada pempengaruh media sosial dari United Kingdom (UK).

Majistret Siti Nora Sharif menolak permohonan yang dikemukakan polis terhadap tiga anggota berusia antara 37 hingga 42 tahun itu setelah mendengar alasan oleh peguam mewakili kesemua suspek.

Kesemua suspek sebelum ini direman selama tiga hari sejak Selasa lalu.

Permohonan terhadap anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Perak itu dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kes berkenaan.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan, Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.

Sementara itu, Muhammad Al Hirzan Mahamad Akhir dan Aqmarul Aqil Ismail yang mewakili ketiga-tiga suspek memberitahu, antara alasan yang dikemukakan pihaknya ketika prosiding sambung reman itu adalah tiada mangsa yang tampil (untuk siasatan) selain beberapa isu teknikal lain.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek yang memakai pelitup muka dan baju berpenutup kepala ‘hoodie’ berwarna gelap itu dibawa masuk ke kamar Mahkamah Majistret pada pukul 1.18 petang sebelum dibawa keluar 40 minit kemudian.

Kesemua suspek dibawa dalam keadaan bergari dan ‘dikawal ketat’.

Berlaku kekeliruan dalam kalangan pengamal media yang menunggu sejak pukul 8.30 pagi lagi berkaitan pintu kesemua suspek dibawa masuk ke kamar mahkamah dan pintu mereka dibawa keluar.

Dalam pada itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri ketika dihubungi memberitahu, ketiga-tiga anggota terbabit dilepaskan dengan jaminan polis.

“Bagaimanapun, siasatan kes berkenaan masih lagi diteruskan,” katanya.

Terdahulu, tular satu video di YouTube ‘THREAD the globe’ yang memaparkan pasangan pelancong dari UK dikenali sebagai ‘UK Van Lifers’ disaman anggota polis trafik akibat kesalahan memandu laju.

Dalam video berkenaan, anggota polis trafik itu memberitahu pasangan tersebut bahawa mereka memandu sekitar 80 kilometer (KM) sejam berbanding had laju yang dibenarkan iaitu 60KM

Susulan itu, pasangan berkenaan bersetuju untuk membayar secara tunai dan menyerahkan wang berjumlah RM100 tanpa diberikan surat saman. – KOSMO! ONLINE

3563.jpeg

TIGA anggota polis trafik yang dipercayai terlibat kes menawarkan pembayaran saman RM100 kepada pempengaruh media sosial dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh bagi permohonan sambung reman.

4560.jpeg
4563.jpeg


Polis trafik minta 'Seratus': 3 anggota trafik ditahan, direman 3 hari

Ipoh: Polis mengesahkan tiga anggotanya sudah ditahan berhubung video tular anggota trafik meminta wang daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK) bagi menyelesaikan saman kesalahan trafik.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tiga anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang ditahan itu berusia lingkungan 37 hingga 42 tahun.

Menurutnya, mereka direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kejadian yang berlaku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands itu.

Katanya, tiga anggota itu ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan atau Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Mohd Yusri berkata, kertas siasatan kes itu diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya apabila siasatan dilengkapkan.

"Selain itu, siasatan dalaman juga dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Rakaman video pasangan warga asing itu disaman tular di media sosial dengan menunjukkan anggota trafik terbabit kononnya menawarkan diskaun saman kepada mereka selepas ditahan bagi kesalahan memandu melebihi had laju.

Anggota terbabit mendakwa pasangan berkenaan memandu selaju 80 kilometer sejam (km/j), melebihi had laju di laluan itu iaitu 60 km/j sebelum mengeluarkan saman.

Bagaimanapun, anggota polis itu kemudiannya menawarkan diskaun saman berkenaan daripada RM300 menjadi RM100 jika dibayar terus kepadanya.

Pasangan berkenaan mendakwa keliru dengan tindakan anggota polis terbabit, namun memilih untuk menerima tawaran diskaun berbanding membuat pembayaran di balai.


#harianmetro


Tular dakwaan anggota trafik minta RM100

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat sebuah video tular di media sosial sejak Ahad berhubung isu pembayaran saman yang dikenakan terhadap seorang pemandu warga asing.

Ia susulan rakaman video berdurasi 50 saat, dimuat naik di laman X @doktorrezz yang memaparkan pasangan pelancong dari United Kingdom disaman oleh anggota polis trafik akibat kesalahan memandu laju.

Pasangan pelancong yang menaiki sebuah van telah ditahan ketika dalam perjalanan ke Ipoh, Perak.

Dalam video itu, seorang anggota polis trafik memberitahu pasangan terbabit bahawa van terbabit dipandu 80 kilometer sejam berbanding had laju yang dibenarkan iaitu 60 kilometer pada jam 11.30 pagi.

"Saya akan berikan kamu surat saman dan kamu pergi ke balai polis untuk membayarnya, jika bayar di balai, RM300. Bayar sekarang, RM100," kata anggota polis trafik terbabit.

Dalam visual terbabit, pasangan itu bersetuju untuk membayar secara tunai dan menyerahkan wang kertas berjumlah RM100 kepada polis berkenaan.

Anggota polis terbabit kelihatan mengambil wang berkenaan tanpa memberikan sebarang surat saman.

Sementara itu seorang pengguna media sosial, Asyraf Ibrahim berharap PDRM menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap anggota berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri memaklumkan pihaknya sedang menyiasat video tular berkenaan.

Kredit: Sinar Harian


2407.jpeg
2410.jpeg
2413.jpeg

pada 16 jam yg lepas


Khairul Azri

16hours ·

SAMAN TRAFFIK YANG SEMAKIN EFISIEN?

Dua tiga menjak kebelakangan ini kalau perasaan ada sebuah vlog pasangan UK dari page 'TREAD the globe' yang memandu ' RV campervan' mereka yang diberikan nama 'Trudy' untuk mengelilingi dunia sedang berada Malaysia ketika ini telah menyebabkan video mereka sering tular di ruangan platform media sosial kita.

Baru dua hari lepas isteri ada tunjuk video berkenaan mereka memberi komen tentang kewujudan 'flyover' yang melata dan berlingkar di Kuala Lumpur. Sebelum ini perasan juga naik di garismasa video mereka 'kagum' dengan deretan tol kita di lebuhraya.

Cuma hari ini ada sebuah video yang baru dimuatnaik sejam lalu kelihatan menarik sedikit, yang diberi tajuk,
"UK Van Lifters STOPPED by the Police in MALAYSIA".

Dan di dalam video berkenaan pada minit minit awal menunjukkan mereka telah ditahan polis trafik kerana kononnya telah melebihi had laju 60km/j.

Baik yang menariknya di mana?

Bila Pegawai polis trafik memberikan mereka 'option' untuk bayar di balai atau bayar ketika itu.

Dan dengan bayaran ketika itu secara tunai. Mereka telah diberikan diskaun serta merta sebanyak RM200. Menarik dan efisien sungguh, mungkin ini strategi baru untuk memudahkan pembayaran saman dan juga menambahkan pendapatan melalui kutipan saman.

Bukan itu sahaja, selain boleh bayar secara langsung, mereka juga tidak perlu menunjukkan lesen memandu atau apa apa dokumen sepanjang proses pengeluaran dan 'penyelesaian' saman.

Cukup sekadar menyebut nombor kenderaan di menggunakan 'voice note' di telefon pintar. Mungkin inilah sistem baru yang telah diperkenalkan.

Paling menarik sistem terbaru ini bukan sahaja 'efisien' semata malah juga mesra alam sekitar bila tidak ada pengeluaran resit saman yang dikeluarkan cukup dengan perkataan 'settle' ataupun 'setel' barangkali?

p/s: Harap PDRM dan Trafik Malaysia war-warkan sistem baru yang sungguh 'efisien' ini ke RTM atau TV3 supaya rakyat semua tahu.



1706490194711.png
 

Khairul Azri

11hours

TERKINI.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sudah maklum akan kejadian tular saman trafik 'Tread the globe'.

Sedang melakukan siasatan terperinci dan tidak akan bertolenrasi dengan salah laku oleh anggota terlibat.
JSPT juga nasihat orang awam jangan buat spekulasi tidak tepat.

P/s: Jangan spekulasi ya. Puji efisien tak apa kan.
1f64f.png



423224678_10232549092978681_7004094312154945946_n.jpg

423224999_10232549093338690_3488038671880300588_n.jpg


8iuTX4LlGZO.png
Author
Khairul Azri
Salam sejahtera rakan-rakan. Untuk makluman, terdapat pindaan pada ayat terakhir siaran media ini. Mohon kerjasama rakan-rakan media untuk menggunakan ayat seperti berikut;
_Ayat terakhir di para 3._
*~JSPT AKAN MEMAKLUMKAN SEMULA HASIL SIASATAN SEKIRANYA ADA PERKEMBANGAN TERKINI~*
*JSPT AKAN MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN SIASATAN BERHUBUNG PERKARA INI DAN JUGA TINDAKAN LANJUT YANG AKAN DIAMBIL.*
Terima kasih atas kerjasama semua
1f64f.png
 

Rusyainie Ramli

8 jam


Rasuah tu tetap rasuah. Tak kira lah berapa pun nilainya. 1 sen tetap rasuah kalau jalan datangnya begitu.
Yang pangkat rendah, kecil lah gayanya. Sebab tu saja lah tahap yang dia boleh.

Kalau bagi peluang untuk sapu besar agaknya bagaimana? Licin lah gamaknya.

Anggap lah seperti gunung depan mata, gamaknya jadi rata lah digondol. Selagi boleh songlap kan.

Saya muak dan jelak dengan perangai segelintir orang Melayu Islam yang anggap haram hanya pada anjing, babi dan arak.

Duit kopi ke, upah ke bla bla tu tak haram. Halal. Tak apa lah, bukan banyak pun.

Jijik saya melihat anggota penguatkuasa yang begini rendah moralnya. Ni lah realiti yang selama ni, kita diamkan saja.

Seantaro dunia menjadi saksi betapa teruknya perangai manysia yang sepatutnya pertahankan undang-undang.

Entah berapa kali dah dibuat kelakuan ni, sendiri dia lah yang tahu. Cuma kali ni, hah dirakam. Dah lah YouTuber tu ramai yang kenal.

Ini yang tertangkap. Bayangkan yang berlaku di sebalik tabir, tak nak saya fikirkan.

Tak tahu lah duit tu kemudiannya nak diguna untuk apa. Harapnya bukan untuk keluarga lah ya. Takkan lah sanggup nak bagi anak, isteri, mak ayah gunakan duit yang sumbernya macam tu kan.
Dek nila setitik, rosak susu sebelanga, pepatah Melayu katakan. Tapi kan, saya percaya benda ni bukan baru pun.
Harapnya pihak terbabit lakukan siasatan dan ada lah tindakan disiplin diambil ke atas pelaku yang jatuhkan maruah organisasi.

423716332_10231138216149393_3109614922338033352_n.jpg
 
ini kerajaan kami ikut suka lah...
 
Back
Top
Log in Register