Kemasukan Nama Kanak-Kanak Berumur Di Bawah 21 Tahun
Permohonan untuk memasukkan nama dalam Sijil Kelahiran yang telah didaftarkan tanpa nama bagi kanak-kanak berumur satu (1) tahun dan tidak melebihi 21 tahun. Permohonan kemasukan nama kanak-kanak boleh dibuat oleh individu seperti berikut:
1. Pemilik Sijil Kelahiran.
2. Ibu atau bapa kandung kanak-kanak.
3. Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM).
Dokumen yang perlu dikemukakan:
i. Borang JPN.LM21 (asal).
ii. Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal).
iii. Kad Pengenalan ibu dan bapa (asal dan salinan).
iv. Borang Akuan (AM80) ibu dan bapa (asal).
v. Borang Maklumat Keluarga (BMK81)(asal).
vi. Dokumen Perkahwinan ibubapa – jika ada.
Pemohanan berharga RM5
Borang yang diperlukan:
JPN.LM21 – Permohonan Kemasukan Nama/Pembetulan Maklumat.
AM 80 – Borang Akuan.
BMK 81 – Borang Maklumat Keluarga.
Nota:
Pastikan borang diambil dikaunter JPN, bukan download mana-mana laman web, sebab ianya mungkin dikemaskini dengan pertanyaan maklumat lain.
