BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tukar lampu pada ketinggian 457 meter.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
SALEM, Amerika Syarikat – Sebuah syarikat fotografi merakamkan keberanian seorang pekerja yang memanjat sebuah menara pemancar televisyen setinggi 457 meter di sini baru-baru ini.

Pekerja tersebut, Kevin Schmidt memanjat menara pemancar itu semata-mata mahu menukar mentol lampu keselamatan di puncak struktur itu.

Menara itu tinggi sedikit berbanding Menara Berkembar Petronas yang mempunyai ketinggian 452 meter.

Syarikat fotografi Prairie Aerial menggunakan sebuah dron yang dilengkapi dengan kamera canggih untuk merakamkan setiap aksi Schmidt memanjat menara berkenaan.

Selepas sampai di puncak menara setinggi 457 meter itu, Schmidt dilihat mengikat tali keselamatan yang dipakainya sebelum menukar mentol lampu di puncak binaan berkenaan.

Selepas selesai tugasnya itu, Schmidt berehat sebentar sambil menikmati pemandangan menakjubkan dan mengambil gambar selfie di puncak menara.

“Ini adalah hari yang indah untuk memanjat menara ini dan pemandangan dari puncak ini sangat menakjubkan,” katanya. – Agensi.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0106&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Schmidt (dalam bulatan) kelihatan berada di puncak menara pemancar televisyen.


du_04.1.jpg
 
hati kering je boleh buat kerja ni.
 
panjat ?
gila lenguh kaki tangan abih laaaaa
 
ni konpom insurans nyawa tinggi ni...
 
Back
Top
Log in Register