InstaForexRebat
CG Hardcore Club


- Messages
- 58,370
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 58,370
- Reaction score
- 5,557
- Points
- 721
Kereta dinaiki dihempap kren.
GUANGDONG - CHINA. Tujuh maut manakala tiga cedera selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap kren berhampiran tapak pembinaan di selatan China, lapor South China Morning Post.
Kanak-kanak dipercayai antara yang cedera.
Insiden berlaku pada 6 petang, Selasa di sebuah jalan bersebelahan tapak pembinaan di Jieyang, wilayah Guangdong, lapor agensi berita Xinhua.
Foto di lokasi kejadian menunjukkan kren menghempap bumbung kereta jenis MPV.
Sementara itu, laman web News.qq.com melaporkan, dua kanak-kanak yang terperangkap berada di tempat duduk belakang kenderaan terbabit.
Saksi berkata, beberapa orang kanak-kanak di bawa ke hospital.
Sumber : sinarharian