BTC USD 84,611.2 Gold USD 4,141.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tujuh kucing mati diracun

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Muhamad Noh sangat menyayangi kucing. Gambar kanan: Kucing-kucing yang mati akibat termakan perut ayam beracun.
< 1 / 1 >
PASIR PANJANG - Seorang pencinta kucing terkilan apabila tujuh kucing peliharaannya mati di garaj rumahnya sementara tiga lagi hilang kira-kira jam 11.30 pagi Selasa lalu.

Muhamad Noh Othman berkata, kebiasaannya kucing peliharaannya akan mengejarnya setiap kali dia pulang ke rumah.

Namun, pada Selasa lalu, tiada seekor pun kucing peliharaannya yang datang mengejarnya seperti biasa.

“Memang pelik dan yang memeranjatkan saya apabila terlihat empat ekor kucing sudah kaku di garaj rumah. Setelah saya memeriksanya, saya dapati mulutnya berbuih,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Manakala tiga ekor kucing lagi dalam keadaan tidak bermaya dan kemudiannya turut mati.

“Sementara tiga lagi ekor kucing hilang entah ke mana sehingga hari ini (semalam) masih belum balik ke rumah. Saya pasti, kucing itu juga kini sudah mati. Saya membela 16 ekor kucing dan enam lagi masih hidup,” katanya.

Muhamad Noh berkata, sebaik kejadian itu, dia terus menemui jiran sebelah rumahnya untuk bertanyakan hal berkenaan.

“Saya memang mengesyaki jiran yang menjadi punca kucing-kucing saya mati dan ketika ditanya mengenai kejadian itu jiran mengaku menabur perut ayam yang diletakkan racun di depan rumahnya walaupun pada awalnya dia berdolak-dalik.

“Pada awalnya dia memberi alasan racun berkenaan untuk memusnahkan biawak, setelah didesak akhirnya dia mengaku melakukan kesalahan itu lalu memohon maaf,” katanya.

Tambahnya, dia terkilan kerana jirannya sanggup meracun kucing-kucing peliharaannya.

“Memanglah tak berperikemanusiaan dia berbuat demikian, meracun haiwan peliharaan saya.

"Kucing-kucing saya tidak dibiarkan berkeliaran di halaman rumahnya namun dia tergamak meracun kucing saya sehingga mati,” katanya.

Muhamad Noh berkata, dia setiap minggu memperuntukkan sekurang-kurangnya lima kilogram ikan dan beras untuk diberikan kepada kucing peliharaannya.

“Apa yang lebih menyedihkan, ada kucing yang mati ini dalam keadaan bunting dan ada yang sedang menyusukan anak,” katanya.

Muhamad Noh menghantar semua bangkai kucingnya ke Jabatan Veteriner untuk mengenal pasti punca kematiannya.

“Hasil pemeriksaan, doktor Jabatan Veteriner mendapati kucing saya mati disebabkan termakan sesuatu yang beracun bukannya disebabkan virus,” katanya.

Sementara itu, satu laporan polis telah dibuat Muhamad Noh di Balai Polis Pasir Panjang.
 
aduihhh kejam betol la cmni
bgtau tuan kucing la kalo tak puas hati
kucing tu pn berhak hidup gak
:((:((
 
semoga jiran dia dapat azab setimpal drpd Allah
 
kesian kucing yang tak bersalah tu kalau tak suka sangat kucing tu janganlah sampai diracun.
 
bagus dah buat laporan polis.. ini satu pembunuhan terancang.. mohon agar pelaku kena hukuman setimpal.. teruk btol orang yang benci binatang kesayangan Nabi ni..
 
report polis. jangan bunuh prang ajer baru nak siasat. kucing pun benda hidup gak.. polis pe lagi. pi la siasat!!
 
kne igat kite idop kt dunia ni bukan manusia je berhak,binatang pun ada hak nk idop kt dunia ni...moga dia kene balasan
 
Back
Top
Log in Register