BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tuah bawa lebih 200 penduduk

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Sebahagian peserta dari MPP Saujana Utama merakam kenangan bersama hadiah yang diperoleh sempena 10,000 Langkah & Walkathon Bes Sihat Peringkat Daerah Kuala Selangor.​

KUALA SELANGOR - Penyertaan lebih 200 orang untuk 10,000 Langkah & Walkathon Bes Sihat Peringkat Daerah Kuala Selangor membolehkan Majlis Permuafakatan Penduduk Saujana Utama membawa pulang hadiah kemenangan.

Pengerusi Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) Saujana Utama, Khairul Annuar Jalaluddin berkata, pihaknya berjaya membawa pulang hadiah bagi kategori penyertaan teramai sekali gus memberi kegembiraan kepada penduduk.

"Memang kami suka menyertai program riadah sihat yang dianjurkan mana-mana agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) setiap kali berpeluang di hujung minggu.

"Kami bukan saja dapat isi masa lapang bersama keluarga dengan aktiviti sihat malah anak penduduk yang menyertai boleh menikmati keindahan Bukit Melawati.

"Memang seronok bila berpeluang sertai aktiviti sihat seperti ini memandangkan MPP Saujana Utama aktif menganjurkan program kemasyarakatan lain," katanya.

Khairul Annuar berkata, pihaknya juga berterima kasih kepada penduduk yang turut sama memberi kerjasama bagi menjayakan setiap kali program yang dianjurkan.

"Kali ini empat bas membawa peserta untuk memeriahkan program 10,000 langkah ini iaitu dua bas dari Sungai Buloh Country Resort 3C (SBCR3C), satu bas dari Saujana Utama 3 dan satu lagi komuniti Apartment Ros," katanya.
 
Back
Top
Log in Register