BTC USD 84,624.1 Gold USD 4,136.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trip ke korea

Pada pandangan Ved, Petite France ni tak diselenggara dgn baik...boleh nampak keadaan bangunan yg mula usang, sekitaran juga x dijaga dgn sempurna..

Di Petite France ada disediakan surau untuk pelancong muslim bersembahyang !


10734075_10205304178864868_581374239109380737_n.jpg
 
Last edited:
Keluar dari petite france, dah nak senja pun...untuk balik semula ke Gapyeong Station, boleh tunggu bas/taxi kat sebelah pintu masuk Petite France.

kami memilih untuk naik taxi sebab nak cepat sampai ke station subway semula...perjalanan menggunakan subway mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Seoul.

Since waktu ni dah malam...mmg ramai orang dlm subway, Ved terpaksa berdiri sepanjang perjalanan tu..mmg lenguh satu badan...terasa sangat perlahan masa berjalan waktu tu.

Dalm subway normally golongan muda akan layan gadjet masing2 je.

10269379_10205304359069373_7025206061079480083_n.jpg


nampak tak masing2 sibuk ngan gadjet masing2 :)
 
Kami tidak terus balik ke Gueshouse tetapi ke Jamsil Line 2, Exit 2 iaitu untuk singgah ke Hard Rock Cafe Seoul dulu sebelum balik.

HRC Seoul baru dibuka pada penghujung Oktober 2014. So kami antara pelanggan terawal yg ke HRC Seoul.

Kedai terletak di dalam Lotte Shopping Mall...masuk bangunan Lotte jalan kaki hingga ke penghujung bangunan dan naik escalator terakhir ke aras 1...dari situ naik lif ke tgkt 5...HRC berada di aras 5 bangunan.

10374536_10205304361189426_1681165749943906303_n.jpg


Lotte Shopping Mall

1521434_10205304362749465_7594375847439003139_n.jpg


HRC Seoul

10428052_10205304364229502_222933484131084850_n.jpg


10154916_10205304365669538_7425724434334732072_n.jpg

 
Waktu ni mmg dah letih sebab seharian berjalan...
sampai je Myeondong, Ved singgah kedai 7 E, beli pisang 3 biji dgn harga 1,500 won..sampai bilik...bancuh milo panas, bedal 3 biji pisang...thats my dinner actually...terus pengsan zzzzZZZZZZZZZZ
 
Hari ke-3 di Seoul,
kami bangun awal lagi kerana hari ni kami akan bergerak ke Sokcho..perjalanan dgn menaiki bas dari Seoul ke Sokcho memakan masa selama 2 jam 30 minit sekiranya traffic lancar.

Stesen bas ke Sokcho ialah di Terminal Dong Seoul, access dgn menaiki subway Line 2 turun station Gangbyoen exit 4. Station bas betul2 di sebelah exit 4 gangbyeon..tapi kena cross jalan dulu lah baru sampai terminal bas.


10433205_10205304970564660_2942348869139091383_n.jpg


Ni lah rupa terminal bas tu.....masuk dalam untuk beli tiket kat kaunter...tambang bas sehala ialah 17,300 won...erkkk...mahal gak tu.

Lepas beli tiket...tunggu bas kat luar terminal, Bas ke Sokcho akan berada di Terminal 4...nasib kami baik...once beli tiket, bas akan bertolak lagi 10 minit...

10469724_10205304972364705_7047366828314396950_n.jpg


Bas akan bertolak on time ye kawan2..make sure jgn lewat dari masa yg ditulis kat atas tiket tu...

Kerusi bas mmg selesa..lebar...boleh adjust penyandar dan juga kaki...sebelum bas bergerak, pemandu bas yg bertali leher akan pastikan kita semua memakai sabuk pengaman dulu (seat belt) :))

1517536_10205304975044772_228381933667990209_n.jpg



 
Yang lecehnya dlm bas ni, derang pasang heater pada kerusi...panas beb...sampai berpeluh2 badan menahan kepanasan...aduiii...tau le kat luar tu sejuk..tapi agak2 le nak set temperature heater tempat duduk tu...mau menggelegak otak :)) :))

So, sebabkan panas, Ved mmg x selesa plak duk dlm bas....nak tidur pun x boleh.

Untuk makluman, dipertengahan jalan, bas akan berhenti kejap kat RnR...so gunakan waktu ni untuk gi toilet ke apa ke...minum2 dulu ke etc.


1932253_10205304976724814_5695759756914256553_n.jpg


Hentian Wayang - Gangland...RnR versi Korea !

Actually bas ni mmg dipandu laju..topografi Korea plak berbukit-bukit, so agak kecut perut juga lah duk dlm bas ni..dgn laju nya..pastu selekoh mmg bas layan lap kaw-kaw punya.....fuhhhh...ngeri
 
10407925_10205305021205926_8287791837876511287_n.jpg


Dalam keadaan Ved x dpt tidur..awek korea kat sebelah ni layan tidur je sepanjang perjalanan :)) :))

Selepas 2 jam 30 minit, bas pun sampai ke Terminal Bas Sokcho...kecil je hentian bas nya...


1504937_10205305023365980_4355970431381837462_n.jpg


Apa yang best di Sokcho ni sebenarnya..???

Kat sinilah terletaknya Gunung Soerak yang famous di Korea...dan juga Abai Village yang menjadi lokasi pengambaran Autumn In My Heart dan juga drama 2 days 1 Night....errrr actually Ved tak penah pun tgk drama2 tersebut :)) :))
 
Pekan Sokcho ni lebih kepada pekan Nelayan je sebenarnya....laut mmg dekat je ngan terminal bas sokcho..boleh access dgn berjalan kaki..

Pekan Sokcho


10620645_10205305051286678_3614822218577000329_n.jpg


Untuk ke Gunung Soerak, kena naik bas lagi...tunggu bas kat hentian bas which is sebelah je ngan terminal bas sokcho ni..dlm 50m gitu..naik bas No 7-1 dengan tambang seorang 1,200 won. Bas ni akan membawa kita terus ke Gunung Soerak yg berada di hentian terakhir.

Perjalanan dgn bas mengambil masa selama 30-40 minit gitu...
 
Sampai je di kaki Mt. Soerak, orang x berapa ramai hari ni..maybe sebab hari kerja kot...bagus if org x ramai, boleh snap gambar tanpa gangguan :)

Kami berjalan mengikut rentak orang ramai..agak jauh juga nak sampai ke pintu masuk...dlm 400m gitu.

Bayaran masuk ialah 3,500 won...bagi yang nak trekking gunung just bayar 3,500 won je lah...bagi yang tak larat trekking dan nak cepat sampai atas, boleh pilih kaedah alternatif iaitu naik menggunakan kereta kabel dgn bayaran 9,000 won pergi balik.

Gunung ni juga ada air terjun..nak ke tempat air terjun ni perlu jalan kaki sejauh 2.4km sehala...so kami mmg x pergi lah ke tempat air terjun ni..x larat nak menapak kekdahnya.

Arca beruang merupakan trademark Mt. Soerak.

10253830_10205305212610711_2664531486773811981_n.jpg


Pemandangan sekitar laluan ke station kereta kabel.

10520418_10205305213810741_7413005567491132651_n.jpg


 
Untuk yang nak naik guna cable car..better terus beli tiket dulu sebabnya kat tiket nanti akan dipaparkan waktu utk kita boarding cable car..if orang ramai maka perlu menunggu lama lah..

Macam kes kami, perlu tunggu dalam 50 minit untuk boarding, so waktu terluang kami gunakan untuk makan bekalan yg kami bawa sebagai lunch pack...nak jimat kan..??? :)) :))

Fuhh...nasi impit NOna cicah ngan serunding ayam AgroMas....meleleh beb...nak nak pula time tgh lapar dan sejuk2 ni, Hahaha..

So masa untuk boarding...kami pun beratur, akan ada petugas untuk semak tiket dan arrange group ikut waktu masing2...Ved boarding awal 5 minit dari kawan2 lain...tapi sempat lah join ngan group female backpacker yg boarding satu cable car ngan Ved..derang akan meneruskan perjalanan ke Busan pula lepas ni. Rugi plak x sempat ambik FB derang..at least boleh keep in touch gitu gituan :))

Layan pic masa dlm cable car dulu...Ved dapat tempat tepi sekali....marvellous view !

10409018_10205305215730789_7212131967008998521_n.jpg


10632625_10205305217010821_5440859748007252074_n.jpg


10168133_10205305218490858_6802159767210818210_n.jpg


 
Back
Top
Log in Register