BTC USD 80,986.1 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trip ke korea

chuki2

Fun Poster
Messages
608
Joined
Jul 17, 2012
Messages
608
Reaction score
29
Points
30
Salam semua, den cadang nak pergi korea bulan 10 ini. Dengan cerita musim sana musim luruh.. Macam best jer...


Siapa ada pengalaman pergi korea? den pergi tak amik pakej. Tengah servey2 hotel yang sesuai nak duduk..

Kalau ada pengalaman pergi ke sana, boleh la kongsi2 cerita kat sini. Dari segi budaya, makanan dan sebagainya... huhu
 
Korea part mana tu?

Teman pernah ke Busan, Jeju Island dan Seoul.:)
 
Nak pergi seoul dengan nami island.. Bro pernah pergi?
 
Nak pergi seoul dengan nami island.. Bro pernah pergi?

Pernah, pergi akhir bulan 8 tahun lepas. Kebanyakannya kawan saya yang uruskan, tapi saya akan cuba bantu yang mana mampu ingat.

Di Seoul, kitorg stay dekat Itaewon, situ makanan halal banyak, dekat dengan masjid. Duduk hostel je, tak ingat hostel apa tapi menarik jugak. Rata-rata hostel dekat Korea ni bagus, baharu dan menarik.

Kalau nak ke Nami Island, kitorg amek bas awal-awal pagi dari Insadong. Spent about a day dekat Nami Island, cantik sangat.
 
Salam..
Ved stay kat Hi Guesthouse Myeondong....katil double decker..RM180/night..bulan 11 depan baru gerak ke Seoul..8 hari disana
 
Tengah mencari hotel yang sesuai...

Guesthouse ok ke untuk pasangan?
 
Tengah mencari hotel yang sesuai...

Guesthouse ok ke untuk pasangan?

Ok je bro..sana Hotel mahal..RM400++ ke atas, guesthouse je murah sikit..if bilik berdua rata2 harga dalam 50,000 won - 60,000 won semalam ( RM150-RM200 )
 
Ok je bro..sana Hotel mahal..RM400++ ke atas, guesthouse je murah sikit..if bilik berdua rata2 harga dalam 50,000 won - 60,000 won semalam ( RM150-RM200 )

Bro ada contact number guest house tu?

Kalau boleh dekat dengan stesen keretapi + kedai makan muslim2...

Orang kata stay area itaewon, carik dalam agoda x jumpa2 yang sesuai.. mahal jer.... hehe
 
Pernah, pergi akhir bulan 8 tahun lepas. Kebanyakannya kawan saya yang uruskan, tapi saya akan cuba bantu yang mana mampu ingat.

Di Seoul, kitorg stay dekat Itaewon, situ makanan halal banyak, dekat dengan masjid. Duduk hostel je, tak ingat hostel apa tapi menarik jugak. Rata-rata hostel dekat Korea ni bagus, baharu dan menarik.

Kalau nak ke Nami Island, kitorg amek bas awal-awal pagi dari Insadong. Spent about a day dekat Nami Island, cantik sangat.

Terbaik bro, saya punya plan pergi pulau nami tu sehari je dan balik semula ke seoul.. Orang rumah nak sangat pergi tengok tempat tu.

Flight pergi pagi, maybe sampai sana dalam pukul 4 petang kut..


Antara tentative saya :


DAY 1(jika penerbangan dari Malaysia pagi)
Petang
Tiba di Incheon International Airport. Naik bas dari airport ke Hotel
Check in Hotel. Rehat dan makan
Malam
Menikmati suasana malam di sungai Cheonggyecheon yang mengalir di tengah Kota Seoul.
Dongdaemun Market, kompleks dan bazaar paling meriah di Seoul. (boleh beli baju sejuk kalau tak bawa yang sesuai)
Balik ke Hotel, rehat dan tidur



DAY 2

Pagi
Pengembaraan di Pulau Nami yang merupakan lokasi penggambaran drama Winter Sonata. Perjalanan dengan menaiki Bas mengambil masa 1 jam 30 min. (Perlu berada di stesyen bas sebelum jam 9.15 am)-juga boleh menaiki keretapi
Lunch di Pulau Nami –(bergerak pulang dari Nami dalam jam 4pm)

Petang
Melawat Itaewon yang merupakan kawasan komuniti muslim di Korea. Melawat dan mendirikan solat jamak qasar di Masjid terbesar di Seoul. (Jika menginap berhampiran Itaewon boleh balik rehat sekejap)

Malam
-Bergerak menaiki subway ke Banpo Park untuk melihat Rainbow Bridge( boleh naik river cruise dari subway stesyen yeouinaru (line 5) atau terus ke subway stesyen dongjak(line 4)

-Pulang ke hotel, rehat dan tidur

DAY 3
Pagi
Lawatan ke Gyengbokgung, istana silam Korea yang paling besar dan gemilang (dibuka jam 9.30am, tutup pada hari Selasa)

Lawatan ke Museum dan tugu di Gwanghamun

Shopping souvenir di Insadong, pusat kesenian dan kraftangan Korea

Menyusuri Gwanghamun Sajong Belt sehingga sampai ke Deoksugung Palace, Istana dimana senibina timur dan barat bertembung.

Meneruskan perjalanan ke Namdaemun market, tempat shopping wajib pergi di Seoul

Petang
Melawat Namsan Park (Namsan Park besar, take your time)

Malam
Myeongdong

DAY 4

Jika anda balik pada malam hari keempat atau pagi esok(day5), boleh luangkan masa ke salah satu taman tema ini,
-Lotte World
-Everland (sesuai pada musim bunga for spring festival)
-Seoulland (sesuai pada musim bunga dan sejuk)

Info ini saya dapat daripada blog ini :

http://myfir2u.blogspot.com/2013/02/cadangan-itinerary-di-seoul.html
 
Back
Top
Log in Register