BTC USD 81,684.8 Gold USD 4,059.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trip ke korea

Ohh good info... thanks... so anggaran berapa ved g untuk seorg nih? Makn minum tiket penginapan semua??..

Hrga promo tuh brp erk ? 2 way

Salam..
Ved dah inform dlm post yg lepas berapa belanja selama 8 hari tu..

Flight Kl-Incheon-Kl : RM709
Flight A.Star-Kl-A.Star : RM150
Guesthouse : RM520
Cash in hand (transport, makan, entrance fee, shopping) : RM 1,100

Total : RM2,479.00


If x menyopping belanja dalam RM2,000 je all-in
 
Oh yeke? Sy try log in website jeju air tapi haram xpaham sbb semua tulisan korea. Boleh tt ajarkan cara nk booking tix tu? Hehe. 1lg sy nk tanya, klu nk ke nami island mcm mana pulak tt?

Salam..
Ved dah cerita in detail dlm previous post camna nak ke Nami Island dari Seoul dgn menaiki train subway.

If dari Myeondong route nye lebih kurang macam ni :-
(Route stesen permulaan tak sama antara setiap orang.Ianya bergantung kepada lokasi guesthouse mana korang stay..dan interchange juga nanti akan berbeza..cumanya station Sangbong wajib turun sebab line G bermula kat situ)

Myeondong - Ichon(Interchange Line J) - Sangbong (Interchange Line G) - Gapyeong. Dari Gapyeong naik taxi/bas ke jetty Nami
 
Day 5 :-
Hari ni kami akan ke Suwon City, dari Seoul ke Suwon mengambil masa 1 jam menggunakan subway dan terpaksa melalui puluhan hentian sebelum sampai ke Suwon (Subway Line 1).

Tapi kami memilih untuk menaiki keretapi laju korea KTX dari Seoul Station ke Suwon...nak gak merasa naik keretapi laju korea kan....dah alang2 sampai Korea...hari tu dah try bullet train China di Hangzhou - Suzhou - Shanghai... !

So kami menaiki subway dari Myeondong turun station Seoul...kat sini org ramai..dan kena menapak agak jauh untuk ke stesen KTX...besar lah terminal seoul station ni.

Beli tiket kat kaunter ni :-

1422625_10205309802805463_262148926636860358_n.jpg


Harga tiket dari Seoul station ke Suwon ialah 8,000 won sorang..memang paling mahal lah if compare naik bas/subway...dan perjalanan mengambil masa dalam 25 minit untuk sampai ke Suwon.

10801493_10205309804285500_5192713814598374473_n.jpg


Rupa-rupanya lagi 10 minit je lagi train kami akan berlepas....terus jadi amazing race..berlari-larian cari terminal yg betul...alhamdulillah sempat juga sampai ke terminal nya.

Ni view dalam kabin KTX...orang pun x ramai yang naik...keretapi ni akan menghala ke Busan, so on the way akan berhenti di Suwon dulu :)

10606147_10205309805645534_6637661856738418135_n.jpg

 
Rasa mcm x laju sgt pun KTX ni banding Bullet Train China..pastu derang x paparkan kelajuan semasa train, so Ved x boleh nak anggarkan berapa kelajuan train KTX ni..tapi if bullet train china mmg terasa seperti terapung pada kelajuan 303km/hour !

So it was a short journey to Suwon by KTX..kejap je dah sampai...kami exit dari stesen suwon dan mencari information booth kat luar stesen. Yang menariknya seorang staf kat situ boleh berbahasa Indonesia...dia mengambil jurusan bahasa melayu katanya...mmg terbaik lah mamat ni.

Panjang lebar dia memberi penerangan camna nak ke Korean Folk Village..dan apa yang perlu dibuat disana. Sekurang-kurangnya 3 jam ye masa diperlukan untuk meronda sekitar Korean Folk Village ni..

kami menaiki bas nombor 37 untuk ke KFV, tempat menunggu bas adalah disebelah Suwon Station...ada 1 lagi hentian bas bertentangan dgn kami, jangan tunggu kat sana..just tunggu kat hentian sebelah station suwon je. tambang bas ialah 1,200 won seorang dan KFV berada di hentian terakhir...sekitar 1 jam juga untuk sampai ke KFV.

Tunggu bas kat sini

10644761_10205309848726611_7304451634673760914_n.jpg

 
Lebih kurang sejam...sampai lah kami ke KFV ni..bayaran masuk ialah 15,000 won seorang, tapi kami membawa kupon diskaun yg diprint dari website KTO so dapat 5,000 won diskaun, bayar 10,000 je lah

10313749_10205309873327226_5956542235608784882_n.jpg
 
Back
Top
Log in Register