BTC USD 84,624.1 Gold USD 4,136.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trip ke korea

kalu kt kedai 7e beli susu pisang sedappppp

kt nami ada mkn nasi sardin kotak goncang tak
kt surau
 
kalu kt kedai 7e beli susu pisang sedappppp

kt nami ada mkn nasi sardin kotak goncang tak
kt surau

Mulanya mmg plan nak makan nasi goncang tu, tapi ada member bagitau ada kedai halal baru bukak..so kami try kat kedai baru bukak tu...sedap lah masakan kat situ...x macam Murree Restaurant di Itaewon tu..x sedap + paling mahal
 
Hari ke - 4 :-
Hari ni pun kami bangun awal juga sebabnya akan menempuh perjalanan yang jauh, 2 jam lebih didalam train subway untuk ke Gangchon Rail Bike. Gangchon Rail bike pernah muncul di dalam rancangan Running Man.

Route yang dilalui adalah sama dgn route ke Pulau Nami, cuma gangchon terletak lebih jauh dari stesen ke Pulau Nami...dan kami turun stesen Gimyujeong.

10420172_10205305849346629_2210671952094893173_n.jpg


281862_10205305850066647_6920900943892526584_n.jpg

 
Suhu pada pagi ini super sejuk dan berkabus hinggakan Ved sendiri terpaksa memakai penutup muka/hidung...kami sampai ke Rail Bike pada pukul 9.15am dan tidak dpt menaiki 1st trip kerana trip pertama start jam 9 pagi.

Trip seterusnya bermula pada jam 11 pagi..so kami terpaksa menunggu ke pukul 11 am pula.


Suasana sejuk dan berkabus mencengkam hingga ke tulang hitam

1902075_10205305855266777_3844127406166786105_n.jpg


10378252_10205305856306803_4641286665756077936_n.jpg



 
Sekitar jam 10 pagi...beberapa biji bas membawa pelancong korea tiba menyebabkan kawasan rail bike sesak dgn pelancong...kami pun cepat2 membeli tiket.

Ada dua jenis tiket..tiket berdua bernilai 25,000 won / kereta dan tiket berempat berharga 35,000 won /kereta.

kami memilih tiket berempat kerana lebih murah serta ramai orang senang sikit nak mengayuh. Oh ya, untuk Gangchon Rail Bike ni, kita perlu mengayuh sejauh 7.5km dan mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke garis penamat
:)


10423830_10205305857186825_2355818673723591295_n.jpg


10153662_10205305858186850_2058466127328053205_n.jpg


We are the only Malaysian kat sini time ni...tak macam di Soerak dan Nami ada juga selisih dgn Malaysian.
 
Actually Ved mmg minat aktiviti yang macam ni..instead of just tgk scenary kat tempat orang...

Kami semua mendapatkan rail bike masing2..dan semua bike diperiksa dulu oleh staf yang bertugas..check brake dan mesti pakai tali pinggang keselamatan..

Kat depan Ved ni ada couple yang naik bike berempat tapi mereka hanya 2 orang..x kisah lah kan..janji diaorang bahagia
:)) :))

Couple kat depan kami

1511637_10205305892787715_680138353232148467_n.jpg



And the journey begin

10678853_10205305893347729_8805182768511970186_n.jpg


Ok la tu..kasut Ved masuk dlm CG :)) :))
 
Memang best lah mengayuh dlm suhu dingin dan di sajikan dengan pemandangan gunung ganang...sungai...pokok-pokok pelbagai warna...its heaven..x terasa penat pun mengayuh.

1962802_10205305904708013_5817700878702571102_n.jpg



Kami sedang cucuk angin couple dihadapan tu..derang memang slow lah..

1902708_10205305906788065_2513236217702839271_n.jpg


 
Ved rasa something wrong dgn bike couple kat depan ni, sebab nya boleh nampak derang struggle mengayuh tapi bike bergerak slow aje..padahal kami kayuh sikit je dah laju :)) :))

Yang lawaknya..dlm suhu sejuk gini, couple tu siap bukak baju sejuk bagai letak tepi..berpeluh mengayuh kekdahnya :)) :))

Bukan setakat derang kayuh ngan kaki..siap tangan pun tolong tolak kaki supaya lebih daya kayuhan kot :)) :))


Kami yg kat belakang ni ketawa sampai keluar air mata beb :)) :))
 
Sepanjang laluan ni akan masuk 3 terowong..dlm terowong tu derang akan pasang lampu warna warni..last terowong siap mainkan lagu Oppa gangnam style lagi... :))

Kami menjarakkan sikit dari couple kat depan tu sebab x cantik snap gambar penuh ngan diaorang je :)) :))

10354943_10205305921428431_8896170464851312931_n.jpg



Terowong yang dimaksudkan

1004551_10205305921948444_4694789817685684786_n.jpg
 
Fuhhh...detail & panjang lebar ved citer.teruskan lagi...planning nak pegi dengan wife & anak next year.
 
Back
Top
Log in Register