BTC USD 84,376.5 Gold USD 4,112.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trip Borong Ke Bangkok

Tips2 berguna

Tukaran duit - bagi aku, baik kita tukar duit siap2 kat Malaysia. Sebab suma tempat tukar duit kat sana aku check lagi untung tukar di Malaysia.

Prepaid - kat 7 eleven ada jual simkad prepaid dan jual topup nya sekali. 7eleven melambak kat sini, harga air minuman pun murah. Air tin coke baru rm1.50 kat sini topup lebih dikenali sebaga refill.

Pengangkutan - rate tuk tuk dan taxi adalah lebih kurang sama je, sebabnya taxi kat sini murah. So baik amik taxi je dari tuk tuk. Kalau korang nak naik gak tuk tuk, korang cakap x nak singgah mana2. Sebabnya kat sini terkenal dengan aktiviti scam permata. Driver tuk tuk akan pujuk korang untuk singgah kat sana supaya mereka dapat voucher petrol dan pesan suh berada kat dlm kedai permata tu atleast 15 minit baru dapat voucher gas. Scam permata ni femes sampai omputih ada buat dokumentari, bila beli permata kat sana, value katakan 5000 usd padahal baru 500usd je valuenya. Bukan apa, takut korang terpedaya.

Duit kecil - siapkan awal2 duit kecil dari airport, senang nak bayar kat driver taxi. Kang x pasal2 keep the change pulak.

Spa - kat hotel aku ni ada tempat massage nama bluespa. Rate massage kaki 200bath sejam dan massage kaki campur kepala, bahu dan tangan 250bath sejam. Aku cadangkan amik pakej yang kedua. Kenapa aku cite pasal tempat massage ni? Sebab bahu aku sakit bila jadi backpackers, dan dia urut bahu aku sampai hilang muscle pain. Tu yang aku rekemen massage kat sini.

Bagasi - kalau bawa balik barang pakai bagasi, aku cadangkan pakai luggage trolley. Sebabnya kastam kat Malaysia kurang tahan mereka yang bawa 1 je luggage trolley ni. Dan kalau mereka tahan, cukainya adalah 10% dari jumlah belian. So, pandai2 lah korang adjust resit korang ye?

Alamat hotel - sentiasa simpan alamat hotel korang. Senang nanti nak tunjuk kat driver taxi.

Hp charger - kat sini pakai electric socket yg 2 kaki nipis tu, so bawalah travel adapter korang untuk kemudahan.
 
Last edited:
pacak tiang khemah dolu..
nk bermalam kt sini..

he he he
 
cepat siapkan penulisan pengalaman TT... nak ambik seat jgk
 
Back
Top
Log in Register