BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca Panas Dorong Pengusaha Hotel, Homestay Beralih Kepada Tenaga Solar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
8a9133886ac1508fe3036611044c360969d85c6d0e273

964d82aeee3235f673fa6b843272af8569d85c896d16f

b84705154ffbdffdb07fb9780d129dd169d85d1b5a2ff

Pengerusi Persatuan Hotel-hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) Cawangan Kelantan, Masdiyah Jemain (kiri) bersama ahli persatuan meninjau jeti bot ketika ditemui Bernama di Kampung Che Deris baru-baru ini.

Pengusaha hotel dan homestay di Kelantan kini giat melaksanakan pelbagai langkah penjimatan kos operasi termasuk penggunaan tenaga solar susulan cuaca panas dan peningkatan kos utiliti.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Bahang cuaca panas bukan sahaja dirasai orang ramai, malah turut ‘membakar’ kos operasi pengusaha hotel dan inap desa di Kelantan, sehingga mendorong mereka beralih kepada tenaga solar sebagai langkah penjimatan jangka panjang.

Pengusaha kini giat melaksanakan pelbagai langkah penjimatan termasuk penggunaan teknologi hijau susulan peningkatan kos utiliti dan keadaan cuaca yang semakin mencabar.

Pengarah Urusan Citra Kadok Hotel & Banquet Hall, Masdiyah Jemain berkata penggunaan tenaga solar menjadi antara pendekatan utama bagi mengurangkan kebergantungan terhadap elektrik konvensional.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Hotel-hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) Cawangan Kelantan berkata pihaknya merancang menukar lampu kepada tenaga solar secara berperingkat selain melaksanakan operasi lebih efisien seperti sistem ‘self check-in’ (daftar masuk sendiri).

“Penjimatan turut melibatkan penyusunan semula jadual pekerja dengan meminimumkan kehadiran fizikal serta melaksanakan tugasan secara dalam talian,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Masdiyah berkata penyusunan semula jadual itu termasuk bekerja dari rumah bagi mengurangkan kos operasi, selain mengakui tempahan bilik menunjukkan sedikit penurunan selepas musim perayaan, dipercayai akibat cuaca panas.

Beliau berkata langkah penjimatan perlu dilaksanakan lebih awal bagi memastikan industri pelancongan terus mampan dan tidak terjejas dalam tempoh jangka panjang.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Che Deris Garden Cottage, Mohamad Zin Yaacob berkata pihaknya telah menggunakan sepenuhnya lampu solar di kawasan premis walaupun kos permulaan tinggi, namun lebih menjimatkan bagi tempoh jangka panjang.

 
Back
Top
Log in Register