BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tribute' untuk Ali meriah

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661

Ridzuan Abdul Rahman

[email protected]
GANDINGAN semua yang terbabit menerusi lagu Bunga Angkasa dan Semangat Yang Hilang. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
GANDINGAN semua yang terbabit menerusi lagu Bunga Angkasa dan Semangat Yang Hilang. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali




TANPA kehadiran Ali yang kini dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras untuk sesi pemulihan selepas serangan angin ahmar ketika latihan, Konsert Jualan Hitam XPDC 2022 yang ditukar nama kepada Konsert Jualan Hitam XPDC 2022 - Tribute Untuk Ali tetap berlangsung meriah di Warisan Hall Studio, Sijangkang, baru-baru ini.

Tarikh baharu yang dipilih iaitu 25 Mac lalu bagi menggantikan tarikh asal 12 Mac lalu diisi dengan persembahan Yabang, Aweera, Muss, Daqmie dan Chi Dr Kronik bagi menggantikan Ali.

Kemampuan mereka semestinya tidak perlu dipertikaikan lagi apabila tampil dengan persembahan mantap dan bertenaga untuk menghiburkan peminat di studio serta 700 penonton yang menyaksikannya secara virtual.

Ditambah pula dengan permainan muzik yang bertenaga daripada anggota XPDC iaitu Izo (gitar), Arif (gitar), Eddie (bass) dan Lola (dram) menjadikan persembahan ini sangat 'gempak', meriah dan menghiburkan.

Pentas dibuka dengan nyanyian Yabang menerusi lagu Haprak/ Ntahapahapantah, Bahalol dan Titian Perjalanan sebelum diisi oleh Chi dengan lagu Senapang Patah dan Sakinah.

Daqmie tampil sebagai artis ketiga apabila menyanyikan lagu Doa dan Kaca. Pentas kemudian diambil alih oleh Aweera dengan lagu Semangat Perjuangan Harmoni dan Hentian Ini.
 
PETIKAN gitar yang bertenaga daripada Izo. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
PETIKAN gitar yang bertenaga daripada Izo. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali


Kemunculan Muss menerusi lagu Hidup Bersama, Teman dan Selendang Merdeka terus menjadikan persembahan semakin hangat.

Yabang kembali mengambil tempat selepas itu menerusi lagu Hijau Bumi Tuhan dan Apa Nak Dikata.

Dia kemudian menjemput rakan artis lain menyanyikan lagu popular Ali ketika bersama Terra Rossa iaitu Bunga Angkasa yang berjaya meruntun emosi peminat.

Peminat sekali lagi beremosi apabila klip video keadaan Ali yang terbaring lemah di hospital dipaparkan menerusi skrin di belakang pentas.

Konsert malam itu diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai menerusi lagu Semangat Yang Hilang yang ditujukan khas buat Ali supaya kembali sembuh seperti sediakala.

Tidak ketinggalan penaja konsert iaitu Kamya Glow turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM5,000 buat Ali pada malam itu.

Sementara itu, Datuk Ramli MS bersama dua rakan kongsinya, Dr Ariffin Yahaya dan Har Kok Kit selaku penganjur dari sinio.com berpuas hati dengan sambutan pada malam itu.
 
MUSS tampil dengan persembahan bertenaga. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
MUSS tampil dengan persembahan bertenaga. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali


"Dalam masa dua minggu konsert ditunda itu, kami buat perancangan baharu. Terima kasih kepada kawan-kawan yang tolong Ali dari segi untuk dana.

"Penaja kami pun menderma untuk Ali dan kami sangat berterima kasih. Apa pun konsert kena teruskan sebab kalau batal akan ada banyak kerja yang tersangkut.

"Konsert ini boleh ditonton lagi menerusi sinio.com dengan syarat membeli pas yang disediakan," katanya.
 
Back
Top
Log in Register