BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trauma setiap kali hujan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Mila Sahila menunjukkan air paras lutut yang memenuhi ruang dapur rumahnya.​

JOHOR BAHRU - Lebih 300 penduduk Kampung Belantik, di sini trauma setiap kali hujan lebat kerana bakal berdepan banjir kilat yang telah merosakkan banyak harta benda milik mereka sejak lebih empat tahun lalu.

Seorang ibu tunggal, Hanifah Atan, 62, berkata, pengalaman terperangkap dalam banjir setinggi paras pinggang dalam rumahnya sendiri kerana tertidur sewaktu hujan amat menakutkan.

Menurutnya, sejak itu tidurnya tidak pernah nyenyak terutama apabila terdengar hujan kerana bimbang air naik terlalu cepat.

"Makcik memang tinggal sorang dalam rumah ini kerana empat anak sudah berumah tangga dan mempunyai kediaman masing-masing.

"Pernah berlaku air naik terlalu cepat sehingga paras pinggang sehingga makcik diselamatkan oleh bot polis.

"Sejak itu makcik dah tak boleh tidur nyenyak kerana takut air naik lagi," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk, Mila Sahila Mohd Kamil, 30, berkata, dia sudah lali dengan keadaan banjir kilat yang melanda tempat kediaman yang dihuninya bersama keluarga sejak lebih 40 tahun lalu.

Menurutnya, perabot dan barangan elektrik yang rosak sudah tidak lagi berganti baharu kerana tidak sanggup lagi berdepan kerugian ribuan ringgit.

"Dulu ada juga beli baharu perabot dan barangan elektrik yang rosak, tapi sekarang kami buat sendiri kerana tak sanggup lagi mengalami kerugian.

"Keadaan air naik yang terlalu cepat membuatkan kami tak sempat nak selamatkan barangan, selain ingin segera membawa anak-anak dan keluarga beredar mencari tempat yang lebih selamat," katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangannya, Mohd Aris Kechik berkata, masalah banjir kilat itu berlarutan sejak lebih empat tahun lalu selepas pembinaan Lebuhraya Penyuraian Timur sehingga lebih 300 penduduk menjadi mangsa.

Menurutnya, pihak yang bertanggungjawab digesa jangan lepas tangan, sebaliknya berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik kerana ia membabitkan keselamatan dan keselesaan kepada penduduk.

"Saya lihat sistem tadbir urus untuk menjaga pintu air tidak dikawal selia dengan baik sehingga berlaku limpahan air apabila musim air pasang besar dan hujan lebat.

"Tolong tunaikan apa yang dijanjikan sebelum ini kerana sudah empat tahun kami berdepan musibah banjir kilat yang merosakkan harta benda kami," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad berkata, pihaknya menggesa pemaju bersama dengan pihak bertanggungjawab mencari jalan untuk mengatasi perkara itu dengan segera.

"Kita dah berbincang dengan semua pihak berkaitan dan sistem perparitan di kampung itu juga sudah dibuat.

"Saya minta laksanakan pemasangan pam air yang lebih besar dan selesaikan isu masalah pintu air bagi memastikan kawasan kampung itu tidak lagi dilanda banjir kilat," katanya.
 
Back
Top
Log in Register