balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Keadaan kaki Tuan Zamani yang diserang anjing liar ketika dalam perjalanan untuk ke kedainya yang terletak di Taman Selera Kampung Tiong.
< 1 / 1 >
KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga berdepan detik mencemaskan apabila diserang tiga ekor anjing ketika dalam perjalanan untuk membuka kedainya di Kampung Tiong, Khamis lalu.
Tuan Zamani Tuan Yahya, 54, berkata, kejadian itu berlaku dalam jam 4.30 petang ketika dia pulang daripada membeli ubat dari farmasi dan berjalan kaki menuju ke kedainya yang beroperasi di Taman Selera Kampung Tiong.
“Ketika itu, anjing memang banyak berkeliaran, tiba-tiba tanpa saya sedari, tiga ekor anjing hampiri saya sebelum salah seekornya menyerang dengan gigit kaki saya.
“Mujurlah ketika itu ada beberapa rakan menghalau anjing itu. Mereka juga menyarankan saya agar ke klinik untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Menurutnya, dia mendapat rawatan di klinik berdekatan dengan diberi suntikan termasuk ubat antibiotik dan tahan sakit.
“Alhamdulillah, sekarang luka beransur pulih walaupun tempat gigitan di kaki itu masih terasa sakit lagi apabila saya berjalan.
“Walaupun ia telah berlalu, saya masih lagi terkejut dan trauma apabila mengingati kejadian itu,” katanya.
Tuan Zamani berkata, sebelum ini, dia bersama beberapa rakan peniaga lain telah menulis surat kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk mengadu masalah anjing liar yang berkeliaran dikhuatiri mengancam keselamatan.
“Surat itu saya hantar pada November 2014 dan kita harap ada tindakan susulan daripada pihak berkuasa bagi menangani masalah itu. Namun, sehingga kini kita nampak tiada sebarang tindakan diambil," katanya.
sumber;http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/trauma-diserang-anjing-liar-1.369192