balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
SEBERANG PERAI – Dua beranak trauma selepas mengalami dua kemalangan jalan raya akibat dikejar anjing liar di kawasan perumahan mereka di Taman Seri Bayu, Bukit Panchor, Nibong Tebal di sini.
Samsul Yahya, 31, dan anaknya, Nur Qasrina Syasha yang berumur setahun empat bulan cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas kira-kira setahun lalu dan kejadian terbaharu semalam gara-gara mengelak daripada dikejar anjing liar.
Isteri mangsa, Norha*yati Mat Saleh, 31, berkata, dalam kejadian terbaharu kelmarin, Samsul me*ngalami patah bahu dan terpaksa menjalani pembedahan manakala Nur Qasrina luka teruk pada muka selepas terjatuh dalam longkang di kawasan taman perumahan itu.
“Ketika itu suami saya membawa Nur Qasrina bersama seorang lagi anak kami dan seorang anak saudara yang ma*sing-masing berusia lima tahun bersiar-siar menaiki motosikal sebelum dikejar seekor anjing liar kira-kira pukul 7 petang.
“Akibat kejadian itu, motosikal terbabas dan ke*semua mereka terjatuh di dalam parit sedalam paras pinggang dewasa di hadapan rumah ibu saya di taman perumahan itu.
“Mereka terpaksa menahan kesakitan kira-kira 10 minit sebelum kejadian itu disedari adik saya yang yang mendengar tangisan Nur Qasrina,” ceritanya kepada pemberita di sini semalam.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm