BTC USD 82,981.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trauma dibogel perompak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Salmina ketika menerima kunjungan Syed Othman ke rumahnya di Permas Jaya
< 1 / 1 >
JOHOR BAHRU – Pengalaman dua kali rumah dimasuki perompak membuatkan hidupnya trauma sehingga kini. Malah lebih menyedihkan apabila wanita malang itu turut dibogelkan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu.

Sudahlah hidupnya susah bersama seorang anak orang kurang upaya (OKU), dia dirompak lagi sambil dihunus dengan parang panjang tanpa ada belas kasihan.

Salmina Yusof, 48, berkata, kejadian kedua selepas dua bulan dirompak pada hujung tahun lalu benar-benar meninggalkan kesan trauma dalam hidupnya dan membuatkannya lebih berhati-hati.

Menurutnya, dia diperdayakan dua lelaki yang memintanya membuka pintu pagar kerana ingin menghantar sumbangan kepada anaknya, Nurul Syafikah Jasni, 17.

“Mereka telanjangkan saya bulat-bulat sambil menghunus parang panjang selepas saya merayu tak ada duit nak diberikan.

“Mungkin mereka fikir saya ada sembunyikan barang berharga selepas kali pertama merompak mereka mengambil komputer riba milik seorang lagi anak yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Sampai hati mereka aibkan saya sedemikian rupa, sedangkan tubuh badan yang mereka telanjangkan ini tidak ubah seperti tubuh badan ibu sendiri,” katanya, di sini semalam.

Turut hadir, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Permas, Syed Othman Syed Abdullah yang berkesempatan menghulurkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan kepada keluarga terbabit.

Salmina berkata, hidupnya hanya bergantung harap kepada wang pencen suaminya dan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Syafikah.

Katanya, wang itu digunakan secara berjimat-cermat untuk membeli lampin pakai buang Syafikah, barangan dapur dan bekalan ubatnya yang menghidap sakit tulang, kencing manis dan darah tinggi.

“Saya masih bersama suami tapi dia jarang balik...ni pun dah lama dia tak pulang menjenguk kami sehingga Syafikah kerap memanggil-manggil nama ayahnya,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/trauma-dibogel-perompak-1.198437
 
tertanya-tanya aku, najib tak baca ke sume berita ni?

bila mau hudud?? oi najib.
 
terasa lawak dlm simpati...

mmg mcm2 perangai manusia zaman skrg...


**perlu ke cerita detail smpai mcm tu?? :D
 
sangat bersimpati dengan mangsa
sudahlah mempunyai anak kurang upaya

semoga penjenayah itu menerima hukuman setimpal
 
jahat betol.........apa kejadahnya bogelkan akak tuh!!!!!
 
perompak xder etika langsung..kesian makcik tue..makin menjadi2 jenayah sekarang
 
si perompak ni agak2 la kalau nak merompak....tak de parasaan, etika dan SOP perompak yg berjaya langsung....hahaha
 
kan dia habaq ..pencen suami dia
paham2 jerlah..kalo sebut cam tu
makna suami dah arwah le...huhu

“Saya masih bersama suami tapi dia jarang balik...ni pun dah lama dia tak pulang menjenguk kami sehingga Syafikah kerap memanggil-manggil nama ayahnya,” katanya.

suami dia ado lg laa tuan..
 
Back
Top
Log in Register