balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Koy Kee (tengah) menunjukkan bagaimana penyamun masuk ke rumahnya di Jalan Helang Laut
KEPONG – Penduduk Taman Kepong Baru khususnya di Jalan Helang di sini, trauma berikutan kejadian samun yang didakwa kerap berlaku di kawasan itu kebelakangan ini.
Mangsa, Oon Koy Kee, 73, berkata, dia kerugian RM7,000 selepas wang tunai dan barang kemas miliknya dilarikan penyamun dalam kejadian jam 2 petang 14 Julai lalu.
“Mereka masuk ke dalam rumah saya selepas mengumpil pintu belakang, ketika kejadian saya sedang tidur sedar-sedar dua lelaki itu sudah berada dalam rumah,” katanya pada sidang media di rumahnya, semalam.
Menurutnya, seorang suspek mengacukan pemutar skru dan mengarahkannya supaya tidak membuat bising manakala seorang lagi menggeledah barangan dalam rumah.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan jam 12.30 tengah malam 12 Mei lalu pula, seorang remaja terpaksa menerima 10 jahitan pada tapak tangannya selepas cedera ditetak seorang penyamun bersenjatakan perang ketika cuba membantu ibunya.
Ibu mangsa Gun Ah Leng, 54, berkata, kedua-dua suspek memanjat tembok untuk masuk ke kawasan rumah, namun bernasib baik kerana kehadiran suspek disedari.
“Dalam keadaan kelam kabut itu saya cuba tutup pintu jeriji rumah, namun seorang suspek meluru dan sempat melibas parang dan terkena tangan anak,” katanya
Manakala, penduduk, Foong Kon Foh, 36, pula disamun dua lelaki selepas motosikalnya dipintas di persimpangan Jalan Helang Laut dan Helang Jambu pada jam 6.10 pagi.
“Kedua-dua lelaki menaiki motosikal Honda EX-5 berpakaian jaket hitam pada mulanya memperkenalkan diri sebagai polis dan meminta saya menyerahkan kad pengenalan serta mencangkung di atas jalan bila saya enggan, seorang daripada penyamun itu mengetuk kepala saya dengan parang,” katanya.
Menurutnya, suspek turut melarikan kunci motor bersama dompet dan telefon bimbit menyebabkan dia kerugian dianggarkan RM500.
Sementara itu, Pengerusi Penyelaras BN Kepong, Lau Hoi Keong yang hadir pada sidang media berkenaan berkata, pihaknya mencadangkan sebuah balai polis bergerak dan operasi payung di kawasan itu lebih kerap bagi mengelak kejadian samun terus berlaku.
Menurutnya, penduduk juga perlu memberikan kerjasama dengan melaporkan segera kepada polis jika terlihat individu mencurigakan berlegar di kawasan itu.
SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/trauma-banyak-kes-samun-1.66938