BTC USD 84,242.2 Gold USD 4,188.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

train MRT dah sampai...

siap je MRT ni, harga rumah area yg berkenaan mesti naik melampau2..
 
MRT ni bagus kalau Malaysia buat 15 - 20 tahun lepas. Masa tu kos masih rendah dan urbanisasi Lembah Klang tak sebesar sekarang. Tapi kerajaan memilih untuk membina lebih banyak lebuhraya bertol di sekeliling KL dan dalam masa yang sama mengenakan cukai yang tinggi terhadap kenderaan yang dijual. Ianya bukan win-win situation untuk rakyat. MRT kalau betul caranya akan membantu menjimatkan pengunaan tenaga negara dan masa orang. Sepatutnya KL sudah ada lebih dari 3 laluan MRT (Sg Buloh - Kajang ni kira Line 1).

Tengok kos buat MRT sekarang, RM46 bilion lebih. Kalau buat 20 tahun lalu, mungkin tak sampai RM10 bilion.

Sama juga dengan pembinaan keretapi laju utara selatan. Sepatutnya ianya sudah bermula sekurang-kurangnya 10 tahun lepas. Sistem jalan keretapi Malaysia sekarang sebenarnya tidak sesuai untuk kapasiti tinggi sebab trek keretapi kita jenis kecil (meter gauge @ 1000mm). Patutnya Malaysia guna Standard gauge (1435mm lebar trek) sebab keretapi lebih laju dapat digunakan tanpa masalah (lebih 200km/j). Bila kerajaan buat landasan elektrik berkembar sekarang ni, ingatkan mereka nak ubah ke standard gauge, tapi rupanya masih kekalkan kepada meter gauge. Ini menyebabkan kelajuan maksima tren boleh sampai setakat 160km/j dengan kelajuan 140km/j sebagai kelajuan selamat. Slow la tu.

Badan tren juga lebih sempit dan tren terpaksa dibuat secara custom made sebab tak banyak negara yang guna meter gauge sebagai laluan utama keretapi mereka. India pun sanggup tukar kepada standard gauge untuk perancangan masa depan mereka. Alasan kerajaan kita? Kos tinggi nak ganti semua rolling stock (tren). Memanglah tinggi tapi kos lebih tinggi nak uruskan sistem keretapi berdasarkan meter gauge sekarang. China bercadang nak wujudkan sistem keretapi laju dari China terus ke Singapura melalui Laos, Cambodia, Thailand dan Malaysia. Tapi sistem tu guna standard gauge... Jadi kalau jadi buat, kita terpaksa buat laluan baru untuk keretapi laju tu. Sama jugalah dengan cadangan keretapi laju KL-Singapore sekarang. Terpaksa buat laluan baru dan ikut laluan KLIA express (mereka guna standard gauge). Itu sebab kos jadi lebih tinggi. Kalau kerajaan upgrade je line trek sekarang jadi standard gauge, aku rasa lebih jimat dan tak perlu buat line alternatif.

:)cgrock:)cgrock:)cgrock

tapi bagi aku personally, memang saja diorang buat camtu, nanti ada projek upgrade pulak, ada la kroni2 yg masyukkk. kalau sekali buat takleh la nak masyuk dgn macam2 projek kemudian hari.

siap la cepat, dah semak aku dgn jem + habuk + bising. siang malam buat keje. ~X(
 
stationsMapNew.png



xde nyer nak kurangkang kesesakan.. yang naik kete tetap banyak
 
MRT ni bagus kalau Malaysia buat 15 - 20 tahun lepas. Masa tu kos masih rendah dan urbanisasi Lembah Klang tak sebesar sekarang. Tapi kerajaan memilih untuk membina lebih banyak lebuhraya bertol di sekeliling KL dan dalam masa yang sama mengenakan cukai yang tinggi terhadap kenderaan yang dijual. Ianya bukan win-win situation untuk rakyat. MRT kalau betul caranya akan membantu menjimatkan pengunaan tenaga negara dan masa orang. Sepatutnya KL sudah ada lebih dari 3 laluan MRT (Sg Buloh - Kajang ni kira Line 1).

Tengok kos buat MRT sekarang, RM46 bilion lebih. Kalau buat 20 tahun lalu, mungkin tak sampai RM10 bilion.

Sama juga dengan pembinaan keretapi laju utara selatan. Sepatutnya ianya sudah bermula sekurang-kurangnya 10 tahun lepas. Sistem jalan keretapi Malaysia sekarang sebenarnya tidak sesuai untuk kapasiti tinggi sebab trek keretapi kita jenis kecil (meter gauge @ 1000mm). Patutnya Malaysia guna Standard gauge (1435mm lebar trek) sebab keretapi lebih laju dapat digunakan tanpa masalah (lebih 200km/j). Bila kerajaan buat landasan elektrik berkembar sekarang ni, ingatkan mereka nak ubah ke standard gauge, tapi rupanya masih kekalkan kepada meter gauge. Ini menyebabkan kelajuan maksima tren boleh sampai setakat 160km/j dengan kelajuan 140km/j sebagai kelajuan selamat. Slow la tu.

Badan tren juga lebih sempit dan tren terpaksa dibuat secara custom made sebab tak banyak negara yang guna meter gauge sebagai laluan utama keretapi mereka. India pun sanggup tukar kepada standard gauge untuk perancangan masa depan mereka. Alasan kerajaan kita? Kos tinggi nak ganti semua rolling stock (tren). Memanglah tinggi tapi kos lebih tinggi nak uruskan sistem keretapi berdasarkan meter gauge sekarang. China bercadang nak wujudkan sistem keretapi laju dari China terus ke Singapura melalui Laos, Cambodia, Thailand dan Malaysia. Tapi sistem tu guna standard gauge... Jadi kalau jadi buat, kita terpaksa buat laluan baru untuk keretapi laju tu. Sama jugalah dengan cadangan keretapi laju KL-Singapore sekarang. Terpaksa buat laluan baru dan ikut laluan KLIA express (mereka guna standard gauge). Itu sebab kos jadi lebih tinggi. Kalau kerajaan upgrade je line trek sekarang jadi standard gauge, aku rasa lebih jimat dan tak perlu buat line alternatif.

yang ni den setuju.. den pun terpikir macam bro cakap jugak.. patutnya zaman 80-90 an dulu.. just buat track je dulu untuk kawasan yang belum membangun.. tapi Mahathir lebih suka dengan Projek kereta nasional dan projek mega..
 
Masai Johor lah...macam nak rak macai undi bee end , kira undi siap tutup lampu ...dapatnya bas reput je.

Mana ada Masai KL. Cuba bayangkan Kota Damansara tukar nama jadi Kota Masai .... jawabnya tak lakulah hartanah
kih..kih...mana la tau ada tempat lain nama masai...mcm pasir putih dah ada cawangan kat kelantan :D:D
nak buat lorong motor kat highway pon tak dilayan tak tau la pulak bila boleh dapat mrt/lrt :D
 
hujung 2015 @ 2016 kalau betul2 ikut jadual untuk fully operation la..
tu pun kalau takda kren n scafolding runtuh lagi..takda tanah tenggelam,banjir kilat..dan seterusnya kenaikan kos atas alasan harga besi didunia meningkat

oo..ni la akibat bgi kt cmpny xde pnglaman lol.ni prjek dpt kt sunway grop.
 
xsilap den pnah nmpak perkataan siap april 2014...tpi bukan mrt la kot, kt puchongg.. tuh apa ek
 
oo..ni la akibat bgi kt cmpny xde pnglaman lol.ni prjek dpt kt sunway grop.

kontraktor yg dpt semua ada track record yg bagus kecuali ada satu company yg dpt pakej kat kajang, apa namanya apex communication(?). setau teman pengurusan mrt memang profesional, kroni rosmah nak masuk pun depa tak layan tp kalau pm masuk campur memang depa tak blh buat apa lah, luar kemampuan:D
 
Udoh smp ye...dari mne dtg ye tu..
 
Back
Top
Log in Register