MRT ni bagus kalau Malaysia buat 15 - 20 tahun lepas. Masa tu kos masih rendah dan urbanisasi Lembah Klang tak sebesar sekarang. Tapi kerajaan memilih untuk membina lebih banyak lebuhraya bertol di sekeliling KL dan dalam masa yang sama mengenakan cukai yang tinggi terhadap kenderaan yang dijual. Ianya bukan win-win situation untuk rakyat. MRT kalau betul caranya akan membantu menjimatkan pengunaan tenaga negara dan masa orang. Sepatutnya KL sudah ada lebih dari 3 laluan MRT (Sg Buloh - Kajang ni kira Line 1).
Tengok kos buat MRT sekarang, RM46 bilion lebih. Kalau buat 20 tahun lalu, mungkin tak sampai RM10 bilion.
Sama juga dengan pembinaan keretapi laju utara selatan. Sepatutnya ianya sudah bermula sekurang-kurangnya 10 tahun lepas. Sistem jalan keretapi Malaysia sekarang sebenarnya tidak sesuai untuk kapasiti tinggi sebab trek keretapi kita jenis kecil (meter gauge @ 1000mm). Patutnya Malaysia guna Standard gauge (1435mm lebar trek) sebab keretapi lebih laju dapat digunakan tanpa masalah (lebih 200km/j). Bila kerajaan buat landasan elektrik berkembar sekarang ni, ingatkan mereka nak ubah ke standard gauge, tapi rupanya masih kekalkan kepada meter gauge. Ini menyebabkan kelajuan maksima tren boleh sampai setakat 160km/j dengan kelajuan 140km/j sebagai kelajuan selamat. Slow la tu.
Badan tren juga lebih sempit dan tren terpaksa dibuat secara custom made sebab tak banyak negara yang guna meter gauge sebagai laluan utama keretapi mereka. India pun sanggup tukar kepada standard gauge untuk perancangan masa depan mereka. Alasan kerajaan kita? Kos tinggi nak ganti semua rolling stock (tren). Memanglah tinggi tapi kos lebih tinggi nak uruskan sistem keretapi berdasarkan meter gauge sekarang. China bercadang nak wujudkan sistem keretapi laju dari China terus ke Singapura melalui Laos, Cambodia, Thailand dan Malaysia. Tapi sistem tu guna standard gauge... Jadi kalau jadi buat, kita terpaksa buat laluan baru untuk keretapi laju tu. Sama jugalah dengan cadangan keretapi laju KL-Singapore sekarang. Terpaksa buat laluan baru dan ikut laluan KLIA express (mereka guna standard gauge). Itu sebab kos jadi lebih tinggi. Kalau kerajaan upgrade je line trek sekarang jadi standard gauge, aku rasa lebih jimat dan tak perlu buat line alternatif.