BTC USD 82,712.4 Gold USD 4,114.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tragedi Ribut Greg di Sabah

samb.

greg3fw9.gif

greg4fs9.gif
 
heheh.. korang nih, klako pun ada. :))

(macam satu misteri plak bagi sesiapa tak dpt
tengok pic tu seblum nih..) :-?

misteri.. misteri..
 
baru buleh post sbb dah nmpak...misteri sungguh!
 
sape2 ada dgr citer pasal ribut greg?..
citer b4 ribut tu jadi and why dia jd?..
aku ada dgr dulu..tp citer2 org la..
paham2 la citer2 org..50% pun ssh nak pcy..
 
sesungguhnye kejadian Tuhan mesti ada hikmahnya....mintak jauhkan...
 
sape2 ada dgr citer pasal ribut greg?..
citer b4 ribut tu jadi and why dia jd?..
aku ada dgr dulu..tp citer2 org la..
paham2 la citer2 org..50% pun ssh nak pcy..

Citer apa tue? X tau lak..meh2 citer..
 
Citer apa tue? X tau lak..meh2 citer..

PADA mulanya ia hanya desiran angin yang sesekali mengutuskan rasa nyaman di kalangan penduduk beberapa daerah terutama di Keningau, Sabah.

Kemudian, desiran angin mula disertai hujan yang lebat mencurah. Dentuman guruh dan paluan kilat mengiringi bertalu-talu. Seterusnya dalam kegelapan malam, ketika jam menunjukkan sekitar 4 pagi pada 26 Disember 1996, angin itu mula berdesir semakin laju sehingga mencecah 80 kilometer sejam.

Rumah dan kediaman di beberapa daerah sekitar Sabah terutama di Keningau mula runtuh dilanda kelajuan angin berkenaan; pelbagai objek mula berterbangan, air sungai mula melimpah dan banjir kilat besar berlaku.

Angin sudah menjadi sesuatu yang menakutkan pada malam itu, ia sudah menjadi ribut ganas. Kebanyakan penduduk yang sedang tidur ketika itu terjaga dalam ketakutan.

Suasana terus menjadi kelam-kabut dan riuh-rendah suara jeritan penduduk yang cemas tenggelam dalam ribut yang semakin menggila. Seolah-olah alam sedang mengamuk malam itu, tidak pernah petaka sedahsyat itu berlaku di kawasan terbabit sebelum ini.

Segera penduduk meluru keluar dari rumah dalam himpitan perasaan penuh cemas dan takut. Meredah ribut dengan paluan angin dan tikaman air hujan tanpa henti, mereka berlari untuk mendapatkan perlindungan.

Pada malam itu, satu tragedi yang paling dahsyat direkodkan berlaku di negara ini, tidak pernah tragedi seteruk itu sebelum malam berkenaan.

Ribut Tropika Greg melanda Sabah dengan kawasan paling teruk terjejas adalah Keningau manakala Kota Kinabalu, Papar, Sipitang, Tuaran, Beaufort hanya mengalami kerosakan kecil.

Bencana alam itu dipercayai mengorbankan mangsa paling ramai dalam sejarah tragedi bencana alam di Malaysia; lebih 200 mangsa terkorban dan 102 lagi hilang dalam ribut yang berlaku selama kira-kira lima jam, bermula jam 1 pagi dan berakhir sekitar 6.30 pagi.

Di Keningau, kemusnahan dua kampung berhampiran Sungai Pampang iaitu Kampung Pampang dan Limbawan ibarat ‘padang jarak padang tekukur’ manakala sebuah kampung dikenali Batu Satu atau Kandang Ayam yang didiami kebanyakan warga Indonesia keturunan Tator, musnah sama sekaliSungai Pampang, Bayayo, Liawan dan Sinagang melimpah dan hujan berterusan menyebabkan sembilan kampung ditenggelami banjir kilat sekali gus merosak dan menghanyutkan sejumlah 500 rumah penduduk di tebing sungai. Kira-kira 3,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

Perhubungan ke Keningau yang terletak kira-kira 131 kilometer dari Kota Kinabalu, terputus berikutan dua jambatan utama di Sungai Liawan dan Pegalan dihanyutkan banjir besar.

Sebahagian bukit berhampiran Gunung Emas di Tambunan pula runtuh dan menutupi jalan raya sekali gus memutuskan perhubungan dari ibu negeri ke Tambunan dan Keningau.

Paling menyayat hati apabila mengenangkan ramainya mangsa yang terkorban. Kebanyakan mangsa maut kerana dipercayai sedang tidur ketika rumah mereka dihanyutkan arus deras dari kawasan bukit di lereng Banjaran Croker antara jam 3 pagi dan 4 pagi.

Dalam lena yang tidak menyedari apa-apa itu, rumah mereka hanyut dibawa arus bersama penghuni di dalamnya yang tidak sempat menyelamatkan diri.

Sebaik ribut berakhir sebaik siang menjelma, operasi menyelamat dan mencari mangsa segera dijalankan.

Ketika itulah, pemandangan ngeri jelas kelihatan dengan mayat bergelimpangan dalam keadaan mengerikan termasuk ada yang bogel dan tersangkut di tunggul kayu selain mayat kepala bayi terpacul daripada kemaluan ibu yang turut terbunuh. Beberapa mayat turut ditemui dalam rangka rumah yang dihanyutkan banjir kilat.

Hari pertama gerakan menyelamat dijalankan, 107 orang disahkan terbunuh dan kira-kira 150 lagi hilang. Mayat semua yang terbunuh ditemui pasukan pencari dan penyelamat di sepanjang tebing lima sungai utama ituPolis, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sabah Air Sdn Bhd (Sabah Air), bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), beberapa jabatan dan agensi kerajaan selain penduduk setempat terus menjalankan operasi mencari mangsa.

Bagaimanapun, kerja mengeluarkan mayat mangsa tragedi di beberapa sungai agak sukar kerana mereka tertimbus di dasar serta ditindih pokok dan kayu serta lumpur tebal selain kurang peralatan dan kelengkapan bomba untuk dibawa ke lokasi kejadian berikutan terputusnya hubungan jalan darat antara Keningau dan daerah lain.

Pada hari ketiga gerakan mencari dijalankan, 15 lagi mayat mangsa tragedi ribut itu dijumpai. Seterusnya dari hari ke hari, mayat dijumpai berterusan dan statistik angka korban bertambah dari semasa ke semasa.

Menjelang ketibaan tahun baru 1997, mayat terus ditemui dan selepas dimakan hari, jasad yang ditemui semakin mengerikan dan dalam keadaan reput serta busuk.

Pada 12 Januari 1997 iaitu selepas lebih dua minggu operasi diteruskan, akhirnya gerakan mencari mangsa dihentikan. Lebih 200 penduduk terkorban dalam tragedi itu dan 102 lagi masih diklasifikasikan sebagai hilang sehingga kini.

Cerita tragis tragedi Ribut Tropika Greg tidak pernah tamat walaupun tidak ramai lagi yang berbual mengenainya. Sepuluh tahun berlalu, kejadian itu terus kekal di dalam ingatan ribuan mangsa yang terselamat.

kita tahu bahawa segala sesuatu kejadian itu berlaku atas kehendak dan kekuasaan Allah SWT. Dengan hanya mengata ‘kun fayakun (jadi maka jadilah)’ maka Allah SWT mampu berbuat apa saja

petikan dr berita harian
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register