BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tragedi cinta ditolak.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Petaling Jaya: Akibat cintanya ditolak, seorang lelaki hilang akal sehingga tergamak menikam kenalan wanitanya sehingga mati sebelum nekad membunuh diri beberapa jam kemudian dengan terjun dari tingkat 11 sebuah flat di Kelana Jaya, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, suspek ditemui mati oleh sepasukan polis yang mencarinya susulan penemuan mayat seorang wanita dikenali sebagai Salmah Lok, 43 tahun di sebuah rumah di Jalan 9A/12, Sungei Way beberapa jam sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa yang bekerja sebagai tukang jahit ditemui mati oleh orang awam yang segera menghubungi polis kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

"Hasil siasatan mendapati mangsa yang berasal dari Sabah ditikam beberapa kali di bahagian perut menggunakan sebilah gunting," katanya di sini.

Menurutnya polis kemudian memperoleh maklumat mengenai suspek hasil temubual dengan beberapa saksi kejadian dan rakan mangsa.


"Bagaimanapun sebaik tiba di alamat suspek, mayatnya ditemui di bumbung stor flat berkenaan setelah dipercayai terjun dari tingkat 11," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Kematian Mengejut (SDR).

http://www.hmetro.com.my/articles/Tragedicintaditolak/Article?BeritaUtama


xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.v0xoWQ4kpN.webp
 
Macam-macam sekarang. Sebab cinta sanggup membunuh & bunuh diri. How cheap their life
 
dah 43 ptot dah jaga anak bukan bercople2 lg
 
kehkehkeh agaknya ini pengalaman pertama dia bercinta kot.. tu yang frust betol..
 
ade jugak kes camni kat mesia..

ingat kat china je kes2 camni..
 
Back
Top
Log in Register