InstaForexRebat
CG Hardcore Club


- Messages
- 58,370
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 58,370
- Reaction score
- 5,557
- Points
- 721
Pemandu lori maut di lokasi kejadian akibat tersepit.
GOMBAK - Seorang pemandu treler maut, manakala kelindannya cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 32.3 Lebuh Raya Karak menghala ke Kuala Lumpur awal pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, sebelum kejadian jam 3.50 pagi itu, mangsa yang memandu, Norazizul Hussin, 32, bersama seorang kelindan Hisham Hashim, 19, dilaporkan dalam perjalanan dari Kelantan untuk ke ibu negara.
Katanya, siasatan awal mendapati insiden berlaku apabila pemandu treler yang membawa muatan palet itu melanggar sebuah lagi kenderaan dipercayai kenderaan berat ketika menuruni bukit.
"Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tersepit dan maut di tempat kejadian, manakala rakannya cedera parah dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan.
"Siasatan di lokasi tidak menemui kenderaan yang dilanggar mangsa," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, polis sedang mengesan kenderaan tersebut termasuk pemandunya bagi membantu siasatan.
Menurutnya, kes disiasat bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Last edited: