BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebakaran Kawasan Setinggan Rumah Atas Air Di Kampung Numbak Awal Pagi Hari Ahad

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Kebakaran Kawasan Setinggan Rumah Atas Air Di Kampung Numbak Awal Pagi Hari Ahad​

bab9651c05ee88cebf35cac7ce033e976a9379a4c0312

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah

Kebakaran melibatkan rumah setinggan atas air berlaku di Kampung Numbak, di sini awal pagi ini, namun jumlah rumah terlibat belum dapat dipastikan berikutan kerja-kerja pemadaman masih dijalankan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.40 pagi sebelum jentera tiba di lokasi pada 1.58 pagi.

“Sebanyak 39 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, BBP Lintas dan BBP Penampang, digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman,” menurut kenyataan itu.

Menurut JBPM, pasukan bomba kini menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran dengan empat pancutan air dengan menggunakan sumber air daripada jentera bomba.

“Operasi pemadaman masih giat dijalankan dan maklumat lanjut mengenai kejadian akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Setakat ini, tiada maklumat mengenai mangsa dilaporkan dan operasi pemadaman turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan.

 
Back
Top
Log in Register