Support dan Resistance (Lantai dan Siling)
Saya menggunakan line chart kerana ianya terbentuk mengikut harga close market.
Kenapa?
Saya menjual dan membeli ikan....bermodalkan RM500 sehari saya mampu berniaga bermacam-macam jenis ikan. Mahal atau murah harga ikan tersebut yang saya perlu dapat dari pemborong vs harga jual pada pelanggan saya anggapkan didalam lingkungan RM500 sahaja.
Jom kaitkan dengan money management.
Modal USD100 trade USD0.1/post - naik atau turun 1000pips saya tak kisah janji harga penutup semasa masih didalam modal saya USD100. Tak kisah laa market nak terbang ke nak terjun pandalela kerana semuanya dalam perancangan.
Zone-zone buyer dan seller dikenal pasti pada line chart tersebut. Pertembungan, rejection, break atau apa-apa istilah yang kita gunakan mesti ada sebabnya.
Cuba trader tukarkan pada line chart. Tanda horizontal line pada market semasa dan drag chart lihat market-market lepas. Mesti ada sebab kenapa price terhenti disitu..
Trade menggunakan SNR
First - trader perlu tahu SNR bukan satu harga (single price). Ianya adalah zone.
Zone adalah kawasan dimana trader dan price berlegar membeli atau menjual. Ada zone bersaiz 20pips, 40pips, 80pips atau 100pips.
Bila price break sesuatu SNR. Jangan panik - jangan cut loss atau sibut nak exit - perhatikan dulu adakah market masih bermain-main dalam zone tersebut. Jika YA - hold dahulu dengan MM yang kita sanggup lost (kalau takda SL)
Buat backtest - nanti kita akan nampak - price dah break resistance 20pips then turun balik menuju TP.
Nak trade guna SNR:
a) Setup M15 ambil SNR pada H4 sebagai rujukan
b) Setup H1 ambil SNR daily atau weekly sebagai rujukan.
Nak set SL biarlah lebih 20pips dari zone. TP dalam zone...Insyallah boleh senyum.
MM tu tak payah la den nak ajar..duit korang..pandai-pandai laa nak lost berapa sebelum trade. Yang penting kita mesti sanggup terima loss dulu baru fikir untung. Tak sanggup cari setup lain.